Sabtu, Ogos 30, 2008

MeRdEkA & RaMaDhAn







Kepada semua rakan2 blog " SELAMAT MENYAMBUT MERDEKA DAN SALAM RAMADHAN "






Semoga kite dapat menambahkan lagi amalan di bulan puasa, bagi yang menyambut merdeka jangan lupe pulak nak puasa maklumlah dah kena tunggu tepat jam 12 mlm nak laungkan MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! dah tu tengok bunga api pula hehehe...... takut x leh bangun sahur pulak.






Bile nak dekat bulan pose : -

Bile tgh pose : -







hehehe................ ape ape pun kami sekeluarga mengucapkan : -



Rabu, Ogos 27, 2008

30 YrS NoW ?????


Semalam, 26 August 2008 genap sudah umurku 30thn, bila dingat2 kan sudah jauh juga perjalanan hidupku.................. Aku bersyukur kepada mu Ya ALLAH swbt kerana :-
  1. masih lagi dapat menambah amalanku,
  2. masih lagi menambah umurku setiap kali bangun dari tidur,
  3. masih lagi sihat seperti dahulu walau tak sekuat dan secergas dulu,
  4. masih lagi dapat berfikir dengan waras,
  5. masih lagi dapat mendengar, melihat, merasa, semua kebesaranmu,
  6. masih lagi memiliki suami, anak, ibu, abah, nekibu, tokibu, adik beradik ku dan juga org yg ku sayang di sekelilingku,
  7. masih lagi boleh berkerja,
  8. masih lagi boleh bergembira dan bersedih,
  9. masih lagi boleh kemana2 sahaja,
  10. masih lagi boleh berkenal2 dengan rakan2 di blog2,

dan macam2 lagi................... apa yang boleh ku panjatkan kepadamu Ya ALLAh swbt hanyalah syukur dan alhamdulillah yang tiada penghujungnya.......... Amin.

Selasa, Ogos 19, 2008

43 Perkara Yang Menyebabkan Kite Mendapat Kesusahan

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.
Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang. Sama ada benar atau tidak kenyataan berikut marilah kite sama2 membacanye :-
1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur muka di atas.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
* Yang highlighted to adalah yg kerap kita terbuat ape kate kite renung2kan.

Jumaat, Ogos 15, 2008

Tanda2 Sakit



This is Good Info ... .!!

Risalah ini bagus untuk anda semua....... .. ...... Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)

i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku... Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG ( Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)

i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersin
  • Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. Batuk
i). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

i) Bibir pucat
  • Sistem penghadaman yang lemah.
  • Perut mengandungi angin.
  • Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang)

i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT (Berpeluh)

i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL (Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air)

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM (Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia)

11. KULIT PECAH DAN BERAIR (Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan)

12. RAMBUT GUGUR (Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur)

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

i). Sakit Sendi
  • Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
  • Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
  • Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
ii) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
iii) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
iv) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

v) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

vi) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

vii) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

viii) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

i). KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
ii). PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
iii). PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
  • Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
  • Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

iv). SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

v). BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

vi). RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

i). LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
ii). MUNTAH DARAH
  • Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
  • Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK (Tanda sakit jantung)

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT (Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman)

18. KENCING

i) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

ii) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

iii) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
iv) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

v) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

i) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

ii) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

iii) NAJIS BERDARAH
  • Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
  • Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
  • NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN

i) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
  • Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
  • Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
  • Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
  • Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
ii) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

iii) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

iv) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT (Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah)

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH (Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi)

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT (Sistem paru-paru yang lemah)

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB

i) Sistem jantung yang lemah.

ii) Sistem saraf otak yang lemah.

iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL (Sistem penghadaman yang lemah)


Khamis, Ogos 14, 2008

Dapat Lagi............



MuuuuuuaaaaaaaaaH............ thanks a lot akak, lyen suka la sangat award dari akak ni cute. Jap ye nak bg pantun juga la :-

PERGI PASAR TIAP PAGI,
JANGAN LUPE BAGI LAGI.

Bestnye............ Dapat Award



Time kasih yang tak terhingga utk faizah sebab bg award ni kat lyen, rase mcm x caya aje dapat award hehehe......maaf ye lambat amik. Nak pantun jap utk faizah :-
TIME KASIH POKOK SETANGGI,
KALAU ADE BAGI LAH LAGI.

Jumaat, Ogos 01, 2008

Berjaya

Pyzam Family Sticker Toy
Create your own family sticker graphic at pYzam.com



Akhirnya aku berjaya juga untuk membuat family sticker, seronok juga buat benda ni cume klik2 aje dah pun siap. Tengokla hasilnya semua orang bleh cuba seronok sesekali dapat juga hilangkan rase tension bekerja seharian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails