Selasa, Februari 24, 2009

Pesta Layang2

Setiap tahun kat Pasir Gudang, Johor, Malaysia akan ada acara besar dan setiap tahun juga aku & damira tidak akan melepaskan peluang untuk pergi apelagi kalau bukan " Pesta layang-Layang ". Walaupun hanya layang-layang ianya tetap di tonton maklumlah bukannye layang-layang kecil sebaliknya sebesar besar layang-layang diterbangkan dari pelosok dunia.

Kami tak pernah jemu tp biaselah hari2 terakhir baru dapat pergi, berasak-asak, sampai damira meragam tp bila ajak balik lain pula citernye........

meh kita layan pic layang2 hehehe.


Penonton2 tegar











Isnin, Januari 19, 2009

Hutan Bandar

Semalam ibu & abahku dtg tengok damira, mereka kata skrg ni mmg musim kanak2 sakit mereka suruh aku berjaga2 sbb budak kalau sakit dan tak dirawat cepat mcm boleh jadi. Damira dah sembuh jadi apelagi nak minta jalan2 la dia lagi2 Tokma & Nekma dia ada bukan main lagi.
Aku bawa damira, ibu & ayahku ke Hutan Bandar di JB, apelagi melompat2 la damira kesukaan lagipun pagi tu kami baru sahaja menghantar adik lelakiku di Kompleks Kastam kat larkin utk pi kursus di Kota Tinggi kat tanjung ape ntah aku pun dah lupe.

Akulah mama yang paling gembira bila tengok damira terlompat2 mmg budak pantang nampak air apelagi layan habis la dia..... bagus juga ada tempat rekreasi mcm ni mama dpt relaks anak pula seronok tak perlu bayar ape2 main sampai puas.

Meh kite layan gambar damira mandi manda kat Hutan Bandar bukan main lg dia.......



Tengok gaya mcm berani aje nak turun (mama conpius ni)




La...... nape duduk situ plak ek........ (takutla tu)



Sudah rupanye nak kuak lentang atas tangga rupanye......... (malu la mama....)

Alamak siap angkat kaki plak?...... (konon2 mcm berenang la tu)

Jumaat, Januari 16, 2009

Demam, Batuk & Selsema

Baru 2 minggu persekolahan damira dah demam, batuk & selsema apelagi merengek la tak sudah2 aku pun naik risau, tp yg bagusnye damira tak nak ponteng tadika. Alhamdulillah ...... anak mama good girl......



Sejak kebelakangan ini ramai yang sakit mungkin sbb perubahan cuaca yg tak menentu agaknya. Hubby cepat2 bawa damira pegi klinik sbb takut lain pula jadinya. 3 kali makan ubat damira beransur pulih lega rasenya bila nampak anak ceria seperti biasa, kalau tak rase tak menentu aje. Bila aku pulang ke kg rupanya anak2 saudara ku yang lain pun mengalami sakit yang sama hai....... musim agaknye.

Selasa, Januari 06, 2009

First Day at TADIKA

Wajah seorang pelajar tadika....

Hari ini first day damira kat Tadika, alhamdulillah dia tak meragam jadi aku pun tak payah nak tggu damira kat luar kelas. Lagipun semua ibu & bapa tak di benarkan tggu di lur kelas kerana akan menganggu anak2 yg bru nak mengenal sekolah.

Penat mmg penat bila menguruskan anak sendirian hubby tak dpt cuti sbb byk kerja, nak tak nak aku la yg handle sendiri, tak pe aku rasa okey lg. Damira mmg budak baik tak banyak karenah dan aku nampak dia happy sangat hari ni......... ibu mana yg tak gembira bila lihat anak minat belajar dgn bersungguh2, harap2 ianya kekal sampai bila2. Mama dan ayah doakan baby berjaya!!!!!


Wajah lesu seorang anak yang kena bangun pagi.........

Wajah ceria seorang kanak-kanak yg dah tak sabar nak ke tadika ......... (mcm nilah yg mama & ayah harapkan)


Khamis, Januari 01, 2009

Salam Maal Hijrah & Selamat Tahun Baru 2009

Bagi seluruh umat islam di dunia SALAM MAAL HIJRAH 1430, dan bagi seluruh penduduk dunia SELAMAT TAHUN BARU 2009.

Alhamdulillah ............ aku masih lagi dapat meneruskan perjalanan hidup yang penuh liku ini bersama2 insan yang amat ku cintai.

Isnin, Disember 22, 2008

Majlis Harijadi Damira 1

Ari ahad smlm pepagi dh kena gerak dgn hubby nak cari barang2 utk di packing utk harijadi anakku di taska. Jadi nak x nak kena bangun juga la, lepas sahaja sarap kami terus gi ke tesco sebab itu saja satu2nya pasaraya yg buka pepagi ni.

Lepas membeli belah & menempah kek aku ngan hubby terus pulang ke rumah sbb dah penat berjalan ke sana ke mari. Selesai makan tengahari mata aku dh mula layu rase nak tido aje, tp aku x dapat pun nak buat mcm tu damira cepat2 keluakan barang2 yang nak di packing nak x nak aku pun kena melayan juga.
Seronok bila tengok damira teruja nak buat sendiri makcik dan pakcik dia pun membantu sekali ape taknya asyik silap aja nak mengisi hehehe.........nasib baik x banyak lepas tu apelagi kami semua zzzzzzzzzzzzzzzzzzz.
Sesi asing-mengasing oleh cik ain... biar senang si kecik masukkan katanye hehehe....


Damira mula packing........


Packing lagi.........

Taraaa!!!!! dh siap pun good anak mama..........

Khamis, Disember 11, 2008

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha buat semua umat islam muslimin & muslimat di dunia. Pagi yang dingin dan indah telah membuatkan kami semua begitu liat untuk bangun ........ Tp bila memandangkan ianya hari raya haji nak x nak kena bangun juga hehehe........


Memandangkan hari hujan jadi langkah kami x de la jauh setakat ke rumah ibu & abahku serta mertuaku, kami berulang alik kerana x berapa jauh jaraknya. Sepanjang perjalanan yg kami lalui air sudah mulai naik rasa seronok pun ada mcm ura2 nak banjir tapi klau dh banjir bagaimana pula nak pulang bekerja.......


Damira pula adalah org yg paling bahagia bila tengok air banjir......... terjerit sana terjerit sini jakun (mcm aku dulu kecik2) hehehe