Rabu, Januari 27, 2010

Damira di Tumbuk

Baru masuk minggu ke-4 persekolahan aku telah dikejutkan dengan cerita anakku ditumbuk semalam. Budak2 sekarang ni baru darjah 1 dah tunjuk lagak & besar kepala, gara-gara kerana tak sabar nak masuk toilet. Geram betul aku bila tengok dahi damira bengkak nak aje aku betul2 tak sabar jadinya.

Pagi tadi mase hantar damira ke sekolah aku minta damira tunjukkan budak tu, jantung aku terus berdegup laju bila nampak budak tu hai........ ringan saja tangan aku rasenye mase tu dah la mase aku tanye dia tak mengaku pulaknye budak2 kat sebelah dia 2-3 org ckp " smlm awak kan yang tumbuk muka damira sampai dia nangis" aku ape lagi terus la berhujah dan aku sempat bagi amaran lagi sekali sentuh damira @ budak lain aku terus nak buat report polis sbb ada samseng kat sekolah passtu aku bebel lagi org dtg sekolah nak dpt ilmu bukannye nak beradu kekuatan.

Mengucap panjang aku dibuatnye tak padan langsung dahla budak pompuan, rupanye damira dah 2 kali kena tumbuk 1st kat dada itupun kawan2 dia yg bgtau, smlm pulak kat dahi dekat atas mata kanan. Dahla berlaku kat sekolah agama, nampak sangat budak ni mmg tak beradab langsung, benda2 mcm nilah yang akan buat budak2 tak ada minat nak ke sekolah alasan " TAKUT".

Sekadar menulis............




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails