Khamis, Oktober 30, 2008

HaPpY BiRtHdAy HuBbY



Ahad 19.10.2008, genap sudah usia hubby ku 30tahun, alhamdulillah sihat walafiat ku lihat harap berterusan sehingga akhir hayat kami, damira pepagi nak sarap dah bg kiss dan ucap " Selamat Hari Lahir Ayah" aku pulak belikan hubby present kemeja sehari sebelum birthday, semakin lama semakin tua, begitu la adatnya umur manusia. Banyak lagi target katanye yang belum tercapai, aku hanya mampu mengatakan cuba lagi next year.......... tak perlu terburu2 "takut yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran"



Macam mana pun mama akan sentiasa menyokong apa yang terbaik untuk kita semua semoga panjang umur, dimurahkan rezeki serta kesihatan yang berpanjangan amin, Jom kita layan gambar2 kat bawah ni.................

Kek Hubby, pilihan terakhir sbb kedai kek dh nak tutup lupe nak beli awal.






Kami belanja hubby makan kat sini.........







Jumaat, Oktober 24, 2008

Ulser Mulut

Sedih bila tengok anak tak nak makan, murung tak ceria, diam tak byk bercakap .................... risau dibuatnye............. Bila ditanye bertalu2 tetiba barulah si anak berkata "mama adik sakit mulut, nak makan pun sakit" bila aku suruh dia nganga rupanye tepi lidah kiri dan kana luka. Aku suruh dia berkumur2 sakit katanye, aku pun bercakap dgn hubby dan terus ajak ke klinik. Sah damira terkena jangkitan virus yg dipanggil ulser mulut.

ULSER MULUT

PENGENALAN
Setiap individu pasti pernah mengalami masalah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Didapati, pada satu masa, 19 daripada 100 orang mengalaminya. Ini menunjukkan bahawa ulser kerap terjadi tetapi ianya bukanlah penyakit berjangkit.

DEFINISI

Ulser berasal dari perkataan Latin,Ulcus yang bermaksud bukaan. Ulser mulut merujuk kepada lapisan membran yang terdedah disebabkan oleh kecederaan pada lapisan mukus. Mukus bertindak sebagai pelindung kepada sel-sel di bawahnya. Sekiranya lapisan ini rosak, lapisan seterusnya akan terdedah kepada segala bentuk kecederaan. Ulser mulut biasanya berlaku di dinding mulut, gusi, lidah, lelangit dan kadang-kala melibatkan anak tekak. Sekiranya masalah ini berulang, ianya dikenali sebagai Ulser Apthous.

TANDA & SIMPTOM

Ulser boleh dikenal pasti melalui beberapa tanda, seperti:
  • Terdapat bukaan bulat berwarna putih atau kuning, dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah.
  • Mempunyai saiz sekitar 2-5mm.
  • Ulser boleh wujud lebih daripada satu sama ada berkelompok atau di kawasan yang berbeza pada satu masa.
  • Mengakibatkan bengkak .
  • Sakit terutamanya apabila kawasan ulser terkena sesuatu seperti makanan, tergigit, berus gigi, benda keras dan lain- lain.Oleh itu, mereka sering hilang selera makan atau tidak banyak bercakap.
  • Boleh berulang tetapi tidak berjangkit.
  • Sembuh sendiri dalam waktu 3 minggu

    PUNCA-PUNCA
  • Penyebab utama masih belum diketahui dengan jelas. Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor dikaitkan dengan ulser:
  • Kecederaan pada dinding mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam (tulang ikan), makanan atau minuman yang terlalu panas, rawatan pergigian, bahan kimia (aspirin, alkohol, sodium laryl sulfate)
  • Tahap immuniti yang rendah.
  • Jangkitan kulat (Coccidiodes immitis, Cryptococcus neoformans, Blastomyces dermatitis)
  • Jangkitan bakteria (Mycobacterium tuberculosis, Treponema pallidum)
    jangkitan virus (Herpes Simplex Virus, Varicella Zoster, Coxsackie A Virus)
  • Stress.
  • Penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman seperti Penyakit Crohn, Penyakit Coeliac, SLE, Ulcerative Colitis
  • Kekurangan vitamin C.
  • Kekurangan vitamin B12.
    penyakit autoimmuniti- Mukus Membran Pemphigoid.
  • Kanser oral.
  • Kitaran haid.
  • Alahan terhadap makanan (contoh: nanas)
  • Pengambilan steroid.
  • Dehidrasi yang keterlaluan

BAGAIMANA ULSER BOLEH BERLAKU

Terdapat 2 mekanisme yang dikaitkan dengan pembentukan ulser:

  • Kecedaraan fizikal pada dinding mulut.
  • Tindak balas immuniti terhadap rangsangan kimia/biologi(contoh:jangkitan).
  • Dua proses di atas mengakibatkan luka pada dinding mulut. Di dalam mulut, terdapat pelbagai bakteria 'baik' dan 'jahat' dan mereka mempunyai akses terhadap kawasan luka.
  • Sekiranya bakteria 'jahat' bejaya membentuk koloni di kawasan luka, bakteria ini akan menghasilkan toksin. Toksin tersebut 'membunuh' sel-sel yang ada, mengakibatkan saiz ulser bertambah besar.Ini amat menyakitkan lebih-lebih lagi sekiranya saraf turut terdedah.
  • Bakteria 'jahat' juga menghasilkan sejenis protein yang dipanggil fibrin untuk melindungi mereka daripada sebarang tindak balas (kita dapat lihat lapisan berwarna putih/kuning pada permukaan ulser). Keadaan ini berterusan sehingga tubuh menghasilkan tindak balas immuniti.

RAWATAN & PENCEGAHAN

  • Pengambilan analgesik seperti parasetamol dapat mengurangngkan sakit.
  • Rawatan laser dikatakan paling berkesan mengurangkan kesakitan dan merawat ulser dalam tempoh 24-72jam.
  • Debacterol-mengandungi asid yang dapat membunuh bakteria di kawasan ulser.
  • Bonjela-sejenis gel yang dapat mengurangkan kesakitan.
  • Rawatan tradisional seperti meletakan uncang teh di kawasan ulser dapat mungurangkan kesakitan.
  • Mengamalkan diet yang seimbang terutamanya pengambilan vitamin dan asid folik.
  • Vitamin A & D bagus untuk kesihatan lapisan mulut. Vitamin C meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
  • Meningkatkan tahap kebersihan oral termasuklah penggunaan bahan kumuh yang antiseptik.
  • Elakkan makanan dan minuman yang terlalu panas.
  • Bawa bertenang dapat mengurangkan stress.
  • Elakkan penggunaan ubat gigi yang mengandungi Sodium Lauryl Sulphate(SLS).
  • Makanan seperti yogurt dan probiotic dapat mengimbangkan bilangan bakteria baik dalam tubuh.
  • Minum air dengan banyak

Selasa, Oktober 21, 2008

Open House Raya 2008

Banyak2 rumah terbuka hari raya yang kami pergi semuanya menghidangkan makanan yang sedap2 terima kasih kepada kawan2 dan saudara mara yang menjemput kami. tapi kami x dapat nak mengupload gambar2 semua tempat rumah terbuka maklumlah la kalau dah berjalan dgn si kecik semuanya terlupa asyik nak cepat aje, kalau dah pegi kelam kabut nak cepat balik pun mcm tu juga.


Boleh dikatakan sebulan dapur rumah ku tak berasap (kata org2 tua kalau x masak) ape taknye makan sana makan sini x berhenti ada saja undangan hehehehe....... blik umah terbongkang ajelah jawabnya kekenyangan maka x sampaila hajat nak menguruskan badan lg nih....... abihlah, Aku pun buat juga tp lebih kepada makan2 keluarga dan sedara mara sahaja hehehehe.........




Ini acara bakar membakar kat luar umah hehehe........


Bakar lagi jangan x masak pulak........



Pandai depa2 ni memasak hehehe.......... adik2, ipar2 semua turun padang



Ini pula kat dlm umah ada yang dh kekenyangan ini Umi yg jaga damira dr kecil



Ini pula abahku yang tercinta chief & chef yg memastikan majlis berjalan dgn lancar thanks abah ..........



Wafa & Bercukur

Pada 12.10.2008 aku, hubby & damira telah menghadiri majlis bercukur dan aqiqah anak adik ku. Masa majlis berlangsung aku ngan damira "jakun" sbb sebelum ni nampak kat tv atau majalah2 aje. Bila buat life hehehe seronok la pula.


Jom kite tengok pic2 wafa kena cukur.








Sebelum kena cukur


Semasa kena cukur




Cukur lagi.....





Dapat upah byk tu duit wafa, nasib baik x botak kena cukur hehehe....




Selasa, Oktober 07, 2008

Kad Raya

Diam2 dah seminggu kite semua berhari raya, walau pun penat ke sana ke mari, ziarah sana sini tp aku dapat rasakan semua itu berbaloi sebab dapat berkumpul dan berjumpa dengan sanak saudara.

Dan yang paling seronok adalah si kecil aku sebab dapat banyak duit raya, tahun ni memang murah rezeki dia apalagi tersengih2 aje muka dia bila orang bg duit raya.

Aku dapat lagi kad raya kali ni dari eiba thanks ye cantik la............................. background picture family tu. Selamat Hari Raya juga buat Eiba nnt kalau nak buat open house jgn lupe jemput ye hehehe........



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails