Sabtu, Februari 27, 2010

Maulidur Rasul

Selamat Menyambut Maulidur Rasul @ lebih dikenali dgn Kelahiran Rasul (Nabi Muhammad SAW), Umum masyarakat Islam tahu bahawa Junjungan Besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam telah dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi. Mari kita same2 menghayati sejarah Nabi Muhammad saw.

KELAHIRAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH
ALLAH berfirman yg maksudnya:
"Dan tidaklah Aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam."
Diceritakan bahawa tahun kelahiran nabi itu dikenali dengan Tahun Gajah bersempena tewasnya Tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian mengerah tenteranya ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah bagi mempengaruhi masyarakat dunia bertumpu kepada Gereja yang dibinanya di Syam, Ibu kota Yaman. Kisah ini disebut dalam Al Qur'an dalam surah al fil yang bermaksud; "Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap Tentera Bergajah? sehinggalah akhir ayat di mana bala tentera itu dimusnahkan oleh sekumpulan burung Ababil yang melontarkan batu sijjil(keras yang dibakar.
ALLAH berfirman lagi;
"Dan Dia(ALLAH) mengutuskan keatas mereka burung ababil yang melontarkan mereka dengan batu drp tanah yang dibakar(sijjil). Maka jadilah mereka seperti daun2 yang dimakan (ulat)."
Bapa nabi Abdullah bin Abdul Muttalib, seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika Nabi masih enam bulan dalam kandungan. Diceritakan bahawa ketika baginda dilahirkan, Nabi tidak menangis sebagaimana bayi2 normal. Apabila nabi berpaling ke arah Parsi, api sembahan kaum majusi di Parsi(Iran) terpadam dengan tiba2.Dan apabila nabi berpaling ke arah ibukota Rom, istananya bergegar. Nujum Di Raja Kerajaan Rom mengkhabarkan kepada Rajanya bahawa seorang pemimpin dunia telah dilahirkan.
Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi itu. Di Tanah Arab pula, Abu Lahab amat gembira apabila hambanya Suwaibah membawa berita kelahiran anak saudaranya lalu dibebasnya Suwaibah. Abu Lahab menyambut kelahiran nabi dengan membuat kenduri besar2an di Mekah. Diceritakan juga bahawa Siti Aminah ketika melahirkan anaknya itu, tidakpun merasa sakit. Perkara2 pelik yang berlaku merupakan mukjizat kenabian yang ALLAH tunjukkan bagi tujuan supaya masyarakat Arab dan dunia memberi perhatian dan kenal dengan nabi. Ia juga sebagai suatu hikmah di mana ia dapat menjawab segala tohmahan para orientalis yg ingin merosakkan nama baik dan peribadi nabi, yang sebenarnya dipelihara oleh ALLAH semenjak lahir lagi.
KISAH PENYUSUAN
Memang menjadi amalan masyarakat bangsawan Arab di mana anak2 yang dilahirkan akan dihantar ke pedalaman untuk disusukan bagi mendapatkan tubuh badan dan akal yang sihat dan cergas. Lalu ditakdirkan apabila tiba musim penyusuan, orang2 Bani Sa'ad menuju ke Kota Mekah untuk mencari bayi2 dari bangsa Quraisy utk upah penyusuan. Dalam rombongan banu Sa'ad ini, termasuklah Halimatun Sa'adiah dan suaminya, satu keluarga miskinyang juga mencari sesuap nasi dengan kerja penyusuan. disebabkan unta yang mereka naik uzur dan kekurangan minuman dan makanan, mereka tertinggal
dalam perjalanan ke Kota Mekah.
Apabila mereka sampai, didapati orang-orang lain telah bersedia untuk pulang dengan membawa bayi untuk disusukan. Ditakdirkan Halimatun Sa'adiah dan suaminya terus mengetuk pintu rumah SIti Aminah diketuk. Setelah menawarkan diri, siti aminah pun menceritakan perihal suaminya yang telah meninggal dan beliau tidak mempunyai banyak harta. mereka tergamam mendengarnya lalu cuba mendapatkan bayi dari rumah2 lain tetapi hampa. lalu Halimatun Sa'adiah pun berbincang dengan suaminya sama ada nak balik terus atau tidak. Mereka membayangkan kalau mereka balik ke desa dengan tangan kosong, di mana mereka hendak cari rezeki lagi. mereka juga membayangkan betapa malunya kpd ahli rombongan yg lain kalau mereka balik tgn kosong. Lalu mereka nekad untuk mengambil anak Aminah untuk disusukan.
Takdir ALLAH mengatasi perancangan manusia. Walaupun dengan berat hati mengambil bayi yang bernama Muhammad itu, Halimatun Sa'adiah teruskan jua. Di saat beliau mendukung Muhammad, terus beliau merasakan suatu kelainan. Hatinya merasa tenang dan sejuk memandang ke arah bayi itu. Dalam perjalanan ke desa tercinta, walaupun pada awalnya ketinggalan jauh
daripada ahli rombongan yang lain, Halimaun Sa'adiah dapat memintas dengan mudah kerana unta mereka tiba2 menjadi kuat dan cergas. Ketika berehat untuk minum, susu unta yang diperah menjadi banyak sehinggakan dapat diminum oleh mereka berdua dan unta itu sendiri.
Mukjizat ALLAH tunjukkan lagi... Dipendekkan cerita, ketika dalam jagaan Halimatun Sa'adiah di Kampung Bani Sa'ad itu, ternakan mereka beranak pinak menjadi banyak dan tanah kampung menjadi subur di luar kebiasaan. Orang2 kampung mula bercakap2 ttg keberkatan Muhammad, anak susuan Halimatun Sa'adiah. Suatu hari, ketika Muhammad bermain dengan kawan2nya, datang Malaikat Jibril ke arahnya. Kawan2nya lari meninggalkan Muhammad sendirian dan melihat dari jauh. Ketika itulah dada Muhammad dibedah Jibril dan dikeluarkan harinya untuk dibersihkan dengan air zam2. Kawan2nya tercengang lalu lari lintang pukang ke rumah dan memaklumkan kepada Halimatun Sa'adiah bahawa anaknya dibunuh orang. Selepas peristiwa itu, Halimatun Sa'adiah menjadi risau kerana cerita itu menjadi buah mulut orang kampungnya. Setelah mengingati semua peristiwa yg pernah berlaku kepada keluarganya semenjak menjaga Muhammad, Halimatun Sa'adiah memutuskan untuk menghantar Muhammad kembali ke Kota Mekah. Di situlah berakhirnya jagaan nabi di bawah HalimatunSa'adiah.
NABI YATIM PIATU
Siti Aminah ditakdirkan meninggal dunia ketika usianya baru 6 tahun.Kemudian beliau dipelihara oleh Datuknya Abdul Muttalib. Pada usianya 8 tahun, Abdul Muttalib pula meninggal dunia dan Abu Talib, bapa saudaranya pula mengambil alih tugas menjaganya sehinggalah baginda dewasa. Abu Talib sangat sayangkan anak saudaranya itu.Beliau sentiasa membawa baginda ke mana2 termasuklah apabila berdagang. Suatu masa, ketika baginda berusia 12 tahun, Abu Talib membawanya berdagang ke Syam
dan dipendekkan cerita dalam perjalanan di suatu dusun di Syam, mereka bertemu dengan seorang pendita Nasrani yang pakar dalam Kitab Taurat dan Injil. Pendita yang bernama Bahira itu peringatan kepada Abu Talib bahawa anak saudaranya akan menjadi pemimpin dunia sebagaimana yg tercatat dalam kitab2 suci Injil dan Taurat. Ada tanda kenabian pada Muhammad dan kalau orang2 Yahudi dan Nasrani mengetahuinya, nescaya mereka akan membunuh anak saudaranya. Inilah yang disebut dalam Al Qur'an maksudnya,"mereka mengenalinya(Muhammad) sebagaimana mereka
mengenali anak2 mereka sendiri."
Sekadar menulis............




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails