Jumaat, September 26, 2008

Raya ! Raya ! Raya !

Hari Raya dah dekat tinggal 4 hari lg amacam semua geng2 blog dah siap ke semua persiapan nak raya.............. harap2 semua dah ok, tp aku punye rumah masih lagi terbongkang tak siap satu ape pun lagi insya'allah hari minggu ni settle semua kot.......
Ape taknye lepas buka pose mata ni terus aje cari bantal dah tak larat lg nak tengok benda2 lain. Macamana pun kena settle juga sebelum balik kampung, time ni la juga buat aku sakit kepala sebab kalau aku buat keja ada saja tukang kacau, sape lagi kalau bukan anak dara aku.
Semalam mase hubby aku beli cat si kecik aku ni dah pun sound awal2 yang dia nak tolong mengecat, abisla............... kalau aku malas dah nak cat2 ni tp kena juga cat walaupun sikit saja kami nak kena touch-up hasil keja tangan damira kat dinding. Puas dah mama ngan ayah dia beli buku eh tetap juga ke dinding tangan dia walaupun sikit2 dia buat lama2 jadi bukit dah geram aku.........
Dapat lagi kad raya dari kak anie ........... time kasih ye so sweet la
KAMI SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI" KEPADA SEMUA RAKAN2 BLOG YANG SENTIASA SUDI MENGUNJUNGI TERATAK KAMI SERTA BERHATI2 DI JALANRAYA INGAT ORANG YANG TERSAYANG.


Rabu, September 24, 2008

Kad Raya

Thanks akak .................... seronoknye dapat kad raya dah tu dapat duit lg kalau la bleh gune duit tu alangkah bahagianya hidup ini hehehe...................... mcmana pun hati ni tetap berbunga2 dapat kad raya terasa mcm mase kecik2 dulu pulak, berbalas2 kad raya nak tengok sape dapat byk dah tu cari ranting ikat dengan benang passtu gantung. Lucu bile ingat blik.


Isnin, September 22, 2008

Demam Raya

Demam raya sudah bermula ada yang sudah memasang beberapa angan2 maklumlah dah tinggal berapa hari lagi nak raya, mase ni asben dan anak tak terlayan (sekejap aje hehehe) :-
  1. baju raya dah siap belum (sendiri, asben, anak2)
  2. kasut raya dah beli belum (sendiri, asben, anak2)
  3. kuih raya dah siap belum (sendiri, ibu, mak mentua)
  4. langsir raya (dah pasang yg baru @ pasang yg lama)
  5. nak balik raya (kg sendiri @ kg mentua)
  6. raya nak masak ape (ketupat, rendang, lodeh, sambal goreng, lemang, sambal kacang, ayam masak merah, ayam masak kicap, dan lain2 lagilah........)
  7. nak beraya ke mana Hari Raya Pertama.........

Tapi bile dengar lagu raya hati ni rase dah tak tertahan rase mcm nak terbang blik kg dah menghadap ayah bonda.....................

Awards IV


Thanks for Mak Su kerana menghadiahkan award ni terasa pula diri ini dihargai serta di puji terlalu tinggi hehehe..........apa pun thanks a lottttttttttttttt


Khamis, September 11, 2008

For My Lovely Friend


Terasa cepat masa berlalu.......... sekarang kite sudah pun 11 hari menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah ........... kerana kita dapat melalui dengan penuh kesabaran.


Sekarang ni mase aku pula nak bg award kat kekawan yang tidak jemu melayari blog2 kesayanganku ini, aku tujukan khas buat :



Kak Lady


Akak


Faizah


Eiba


Yus


Mak Su


Qistina


Kamezaim


Ninie


Ajzie

Awards III

Thanks for Eiba........................


Kali ni award dari Eiba ............., cantik la sunflower pulak tu...........hehehe.

Khamis, September 04, 2008

Untuk Renungan

Inilah email yang ku terima pagi tadi nampak lucu tapi inilah kenyataan yang sebenar-benarnye.

Dia dah pergi pun tapi................ - cume 1 bulan.

Pesan nya:
“Selamat tinggal kengkawan... jangan sedih.. aku cuti sebulan jer...”

TAPI Ingat KENGKAWAN semua!!!
pandai-pandai bawak diri yang selama ini dalam godaan nya!!!…………………………

Maaf Zahir Batin..……………..Selamat menyambut Ramadhan...Berwaspada kerana akan berjumpa dia lagi di bulan Syawal.......
…………………….
Ambil kesempatan ini untuk:

  • Selamat Beramal!!!
  • Jangan lupa !!!
  • Solat Tarawikh
  • Bertadarus
    dan
  • Mengeluarkan
    Zakat

    Semoga hidup kita diberkati ALLAH sehingga bertemu RAMADHAN yang MENDATANG!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails