Jumaat, Januari 29, 2010

Hari Terkakhir Berkabung


Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim
Semua rakyat jelata johor masih lg bersedih akan perginya Sultan yang berjiwa rakyat...... dan hari ini adalah hari terakhir berkabung bagi kami sebagai rakyat negeri jajahan Johor Darul Takzim.
PERATURAN BERKABUNG :
(a) Bagi orang-orang Melayu hendaklah memakai tanda perkabungan kain putih berlilit selilit sahaja, selebar 2 inci pada songkok.
(b) Bagi lain-lain bangsa dan agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.
(c) Bagi mereka-mereka yang berhak memakai uniform dan pada majlis yang tertentu, selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.
(d) Bagi perempuan Melayu, hendaklah memakai tudung kepala warna putih.
(e) Bagi orang-orang perempuan lain bangsa atau agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.


Teks ucapan MB Johor.
Patik sebagai rakyatJohor menyembahkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.Sultan Johor yang amat dihormati dan dikasihi telah mangkat, berpindah daripada alam fana kealam akhirat yang baka pada jam 7.15 malam hari Jumaat tarikh 22 Januari 2010 bersamaan dengan 6 Safar 1431H di Hospital Pakart Puteri, Johor Bahru.


Oleh itu ketahuilah bahawa dengan titah perintah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Pemangku Raja adalah ditentukan perkabungan kerana kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, iaitu mulai hari ini 22 Januari 2010 seperti di bawah ini:

(1) Bendera Negeri diturunkan separuh tiang dan hari berikutnya dinaikkan separuh tiang dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang dan sedimikian selama 7 hari dari tarikh dimakam Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(2) Segala Bangunan-Bangunan Kerajaan hendaklah dinaikkan Bendera Negeri separuh tiang bagaimana waktu tersebut dalam (1) di atas dan demikian selama 7 hari daripada tarikh dimakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(3) Segala bentuk hiburan dan permainan hendaklah dibatalkan pada siang dan malam tersebut pada hari memakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(4) Semua masjid-masjid dan surau surau-surau di dalam Negeri Johor hendaklah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa ke atas roh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku itu selepas Fardhu Maghrib selama tujuh (7) hari selepas daripada dimakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(5) Rakyat-rakyat dan penduduk negeri ini hendaklah berkabung dari tarikh ini dan kemudian daripada dimakamkan Jenazah Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia itu selama tujuh (7) hari.






Sekadar menulis............











Damira di Ugut Pulak!!!!!

Masih lagi dengan cerita damira.........
Kali ni kes damira kena ugut pulak sampai tak nak pi sekolah agama pg td. Bila tanye damira kenapa? budak tu ckp mcm ni " Eh ingat saya takut ke dengan mama awak, esok kalau awak pegi sekolah saya pukul awak lagi !!!" Aku dah mmg tak boleh nak sabar aku terus bw damira pi jumpa cikgu displin & cikgu pen. kanan buat report. Cikgu cakap akan panggil ibubapa budak tu ke sekolah. Aku ngan asben pun nnt kena panggil sekali tggu pihak sekolah call.
Sebelum tu aku jumpa sekali lagi budak tu dan nak bawa dia jumpa cikgu displin tau plak tak nak, takut. Dah tu cikgu panggil nama dia semasa perhimpunan suruh naik opis cikgu tak nak juga sampai nangis2. Tak padan dengan samseng dia jumpa cikgu takut plak. Dah tu mase aku hantar damira ke kelas kwn damira ada lagi yang mengadu kena tumbuk kat pinggang, kena ludah la, kena tolak sampai jatuh pun ada....... pening aku, aku pun pesan semua kat budak2 tu suruh bgtau kat ibubapa masing2. Aduhai...... ANAK SAPE LA....YG BUAT ANGKARA NI???????
Sekadar menulis............



Rabu, Januari 27, 2010

Damira di Tumbuk

Baru masuk minggu ke-4 persekolahan aku telah dikejutkan dengan cerita anakku ditumbuk semalam. Budak2 sekarang ni baru darjah 1 dah tunjuk lagak & besar kepala, gara-gara kerana tak sabar nak masuk toilet. Geram betul aku bila tengok dahi damira bengkak nak aje aku betul2 tak sabar jadinya.

Pagi tadi mase hantar damira ke sekolah aku minta damira tunjukkan budak tu, jantung aku terus berdegup laju bila nampak budak tu hai........ ringan saja tangan aku rasenye mase tu dah la mase aku tanye dia tak mengaku pulaknye budak2 kat sebelah dia 2-3 org ckp " smlm awak kan yang tumbuk muka damira sampai dia nangis" aku ape lagi terus la berhujah dan aku sempat bagi amaran lagi sekali sentuh damira @ budak lain aku terus nak buat report polis sbb ada samseng kat sekolah passtu aku bebel lagi org dtg sekolah nak dpt ilmu bukannye nak beradu kekuatan.

Mengucap panjang aku dibuatnye tak padan langsung dahla budak pompuan, rupanye damira dah 2 kali kena tumbuk 1st kat dada itupun kawan2 dia yg bgtau, smlm pulak kat dahi dekat atas mata kanan. Dahla berlaku kat sekolah agama, nampak sangat budak ni mmg tak beradab langsung, benda2 mcm nilah yang akan buat budak2 tak ada minat nak ke sekolah alasan " TAKUT".

Sekadar menulis............




Selasa, Januari 05, 2010

Tinggal Kenangan 2009 Kedatangan Tahun 2010

Dah lama aku tak menulis sibuk dengan keja, anak dan macam2 lagila.......... ( alasan je tu!!!!! ) Aku juga berharap Tahun 2010 akan membuat aku lebih kerap menulis kerana banyak cerita yang tertinggal untuk ditatapi pada tahun 2009.





Goodbye 2009




&






Welcome 2010









@ senang citer

Sekadar menulis............



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails