Khamis, November 27, 2008

Tadika Damira



Aku dh pun mendaftarkan damira di sini, tp dia kena pi exam dulu sebelum dapat kelas sbb nak tau kemahiran dia sampai tahap mane........ minta2 anak mama berjaya dalam menghadapi exam....... Amin.

Damira kena baca buku2 kat bawah ni..... sbb nak tau dia boleh membaca @ tak? Sblm ni ada la juga aku dengar dia mengeja sikit demi sedikit, lg pun aku dh lama belikan buku ni utk dia sbb taska dia minta. Tp berdegup juga jantung ini bila dengar nak kena test hehehe.....



Kahwin vs Khatan

Rasenye semua orang dah tau kalau cuti sekolah aje orang buat kerja kahwin ye tak, aku tak terlayan dah kenduri sana sini. Saban minggu ada sahaja jemputan kahwin, tp bila saudara2 terdekat yang menjemput tak dapatla nak mengelak lagi. Begitu juga dgn majlis berkhatan hehehe kena pegi juga, maklumlah bila dh berkeluarga ni, semua aktiviti kekeluargaan kenalah hadir.
Minggu lepas ari sabtu aku ke majlis berkhatan sepupu hubby ku hehehe, anak sulong depa siap buat khemah lg mcm kenduri kahwin...... sedap dapat makan lauk2 kg, banyak ulam2 kenyang sangat, tp bab damira la masalah sbb x tau nak makan apa last2 makan ayam lauk kicap aje la dgn nasi.

Ari ahadnye pula ke majlis kahwin anak saudara di Bandar Putra Kulai, meriah sungguh maklumla anak sulung lelaki juga, apelagi kita makan2 dan makan yum...yum...yum sedap tu damira, aku & hubby sampai tambah 2 kali hehehe buat muka tebal je.......apakata kita layan gambar kat bawah ni.........




HaPpY BiRtHdAy AbAh


Ini Kek Abah, org tu silap tulis patutnya satu kek tulis nama Abah sahaja, tp 2x kek pulak dia tulis sama, x pe la......

Semalam (26.11.2008) genap sudah umur abahku 60tahun cepat betul mase berlalu rasenye mcm baru semalam aku dapat kasih sayang seorang ayah, abah yang tabah dan kuat menghadapi segala dugaan,....... kami tak akan lupa segala jasa mu abah berkorban apa saja untuk membesar kami adik beradik.

Apa kata kite layan gambar kat bawah ni ye.........

Antara santapan lain

Ini pula gelagat cucu2 yg sibuk nak potong kek termasuklah anakkku itu


Tengokla masing2 pegang pisau kek mcm2 hal......... pening kepala mama ngan ayah diaorg bila tengok perangai anak masing2

Isnin, November 17, 2008

Fish oh pish?????





Aku mmg peminat setia haiwan peliharaan seperti ikan ape taknye aku mmg pantang kalau nampak akuarium & kedai ikan hati ini meronta2 nak singgah. Setelah sekian lama aku pendam sekarang akhirnya aku berjaya jua memiliki ikan kesayanganku. Sebenarnya aku pernah kecewa membelanya satu ketika dulu, kerana ikan2 ku pernah mati satu hari disebabkan ketiadaan bekalan elektrik dan waktu itu aku pulang ke kg.

Sedih dan pilu rasenya apabila melihat ikan2 ku mati........ tp apakandaya......... hari ini aku kembali lagi dgn semangat yang baru setelah bos tempat aku bekerja menghadiahkan akuarium besar dan dapatlah aku menempatkan ikan2 baru ku itu. Apakata kita layan gambar2 ikan kat bawah ni mesti rasa tenang aje jiwa ni.



Ikan Damira nie......


Damira vs Malas

Damira buat hal lagi tak nak ke taska, maklumlah ramai orang di rumahku pakcik dia (cik ijun, cik ecam tgh melepak sebelum start keja baru ........... entah kenapa perangai lama datang lagi pening kepala aku di buatnye. Seperti biasa bangun tidur mandi dan bersiap ke taska tp akhir2 ni dia dah mula meragam mcm2 sakit itu, sakit ini dan merengek (buat mama dia sakit telinga).

Damira mmg bernasib baik sbb mama dia pepagi mmg tak suka nak mengamuk, dah tu ayah dia pulak dah keluar bekerja pepagi lg sbb nak elakkan jam di highway pasir gudang. Nak tak nak aku tinggalkan dia dengan pakciknya. Apelagi bukan main melambai lg tangan dia kat aku bila aku mengundurkan kereta masa nak keluar gi opis geram dibuatnye.

Bak kata ibuku anak sorang jangan dipaksa2 cakap elok2 nnt kalau dh lari sendiri yang susah skrg ni aku tgh menahan segala2 kemarahan yg ada dan aku lepaskan sikit2 biar dia paham apa yang aku nak bukan utk kepentingan aku tapi sebaliknya. Aku sebenarnya nak biasakan dia utk bangun pagi sbb tahun depan dh kena masuk ke tadika, kalau aku tak buat sekarang jawabnye aku yang teruk nanti.

Khamis, November 13, 2008

Horse In Village????

Minggu lepas kami pulang ke kampung dan x tak ade ape yang seronok pun selain ke laut mandi2 & makan2, kecuali ada satu benda yang menarik perhatian kami nak tau ape !!!!! ada kuda kat dlm kg. Tapi nak buat ape ye kami masih tertanya2 lagi namun tiada siapa pun dapat memberi jawapan, dah tu kuda2 itu di tempatkan di tepi surau.

Bila difikirkan bukan kah surau itu tempat untuk beramal ibadah, bagaimana pula dengan pengendalian najis kuda tersebut mesti berbau busuk, bunyi bising lagi dan siapa pula yg menjaganya masih lg tiada jawapan. Macamana pun anakku damira tetap jakun melihat kuda2 itu berlari ke sana ke mari.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails