Pengalaman hidup bersama adalah paling bermakna dalam hidup kami dengan berkat doa & usaha maka berjalanlah kehidupan harian kami......
Rabu, April 30, 2008
Bilakah akan berakhir
Berita ini aku dapat daripada akhbar harian tempatan di mana negara kita sekarang sedang mengalami satu fenomena iaitu "Fenomena Ekuinoks" bacalah keratan ini :-
Fenomena ini akan menyebabkan penduduk di kawasan Khatulistiwa melalui tempoh siang hari paling panjang tahun ini iaitu kira-kira 14 jam dan menyaksikan penerimaan cahaya matahari lebih lama daripada biasa. Pada hari tersebut, matahari yang bergerak dari hemisfera selatan ke hemisfera utara menyaksikan bumi condong sedikit dari paksinya sehingga mengakibatkan kawasan Khatulistiwa melalui tempoh siang lebih panjang berbanding waktu malam.
Tempoh siang hari di kawasan itu biasanya kira-kira 12 jam sahaja.Pakar kaji cuaca tempatan, Prof. Dr. Azizan Abu Samah berkata, pada hari itu juga, matahari akan berada lebih lama pada kedudukan horizonnya dan pada masa sama berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa yang menyebabkan keadaan panas terik.``(Ekuinoks) merupakan fenomena biasa yang berlaku akibat putaran bumi mengelilingi matahari yang mana kawasan Khatulistiwa menerima cahaya matahari lebih panjang berbanding kadar biasa.
"Keadaan suhu yang panas juga banyak didorong keadaan semasa yang menyaksikan penghujung musim Monsun Timur Laut yang memasuki peralihan musim antara monsun,'' katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.Beliau yang juga Ketua Jabatan Geografi Universiti Malaya diminta mengulas mengenai fenomena Ekuinoks yang dijangka berlaku lusa di mana kawasan Khatulistiwa akan menerima cahaya matahari paling terik sehingga dijangka mencecah 40 darjah Celsius.Azizan berkata, liputan awan merupakan elemen terpenting dalam menentukan kadar suhu pada hari tersebut kerana ia memainkan peranan untuk memantulkan semula cahaya matahari balik ke angkasa.
"Keadaan awan yang terlalu sedikit akan menyebabkan keadaan suhu menjadi lebih panas dan tidak memungkinkan berlakunya hujan,'' katanya yang juga Felo di Royal Meteorological Society, United Kingdom.Sementara itu, bahang fenomena Ekuinoks semakin dirasai penduduk di utara Semenanjung apabila beberapa kawasan di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak mencatatkan suhu mencecah antara 36 hingga 38 darjah Celsius sejak tiga hari lalu. Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca berkata, kawasan-kawasan terbabit termasuk Alor Star, Kedah yang mencatatkan suhu 38.6 darjah Celsius, Chuping Perlis, (37.6), Langkawi, Kedah (37.5), Butterworth, Pulau Pinang (36.5) dan Lubuk Merbau, Perak (37.1 darjah Cilsius).
"Catatan ini diambil sejak tiga hari lalu dan ia berubah-ubah bergantung kepada keadaan awan dan tiupan angin,'' jelasnya.Bagaimanapun, kata jurucakap itu, liputan awan di kebanyakan kawasan seluruh Semenanjung didapati terlalu sedikit terutamanya di kawasan utara kecuali di pantai barat Perak yang adanya sedikit tompokan awan.
"Setakat ini, tiada petunjuk bahawa hujan lebat akan turun khususnya di utara kecuali kawasan selatan tanah air yang diramalkan akan menerima hujan sekejap-sekejap di beberapa tempat,'' katanya.Azizan berkata, keadaan panas di keempat-empat negeri itu dijangka menjadi lebih buruk apabila tiupan angin di kawasan berkenaan yang lemah ekoran berlakunya `bibit-bibit' fenomena El-Nino yang mula menampakkan kesan kebelakangan ini.
"Kesannya amat jelas apabila pertukaran angin di bahagian tenggara menjadi lemah dan awan yang biasanya datang dari Pasifik akan hilang sekali gus meningkatkan kadar suhu.'' katanya.
Patutla sekarang ni aku rase panas lain macam aje tido malam pun x selesa, apelagi si kecik merungut saja kepanasan sampai kan tido pun kekadang dah x nak pakai baju.
Ini waktu siang tengokla si kecik ni x nak pakai baju memanjang panas katanye dah tu kulit dia pulak jenis yang alah kalau asyik berpeluh sbb nanti akan keluar ruam2 merah kat tempat yang berpeluh.Sorry la gambar gelap.
Ini pulak waktu malam time nak tido muka masih lg berpeluh2 itu dah berkipas tapi masih juga merungut panas sian dia.
Selasa, April 29, 2008
Homework
Nak citer sikit pasal homework, tapi bukan aku punye tapi si kecil aku ni. Sememangnye bila pulang dari taska dia mmg akan buat homework yg diberi oleh cikgunya tapi semalam dia betul2 kelam-kabut nak siapkan x macam selalu. Masuk aje dalam keta si kecik dah membebel pasal homework dia...... jawabnye tergendala lg la niat aku nak ke pasar malam awal sikit sbb kalau dah malam ramai orang malas nak berhimpit2 panas pulak tu.....
Mama, adik ade homework........
Ok, nanti sampai umah adik buatla ye....
Mama kena tolong adik tau.......
Tapi mama cume bleh tunjuk aje eh tolong tuliskan x boleh
Nanti x siap macamane?
Buatla pelan2 x paham tanya kat mama.
Adik nak tengok impak maksima la nnt x siap macamane.......
Ya allah......................
Inilah dia si kecik tengah asyik mengira subject matematik siap dgn makanan kat sebelah.
Tengokla anak2 kite sekarang ni pengaruh tv nampak lebih kuat dari kerja sekolah dia........, hai nak x nak aku tolong juga la dia siapkan homework dia. Patutla dia kelam kabut nak siapkan homework dia. Macamana pun lepas maghrib aku ke pasar malam dgn hubby, hehehe malas nak masak.
Isnin, April 28, 2008
Hubby ku "bidan terjun"
Ari ahad semalam kami tengok hubby main badminton (perlawanan persahabatan) antara kilang hubby dengan kilang sebelah. Depa main kat belakang stadium larkin johor memang tempat tu khas utk game badminton. Aku pun baru first time pegi tempat tu. Hubby kena main sbb ganti kawan dia yang x dapat dtg. Hubby pulak dah lama x practise badminton dan kalau ikutkan pun dia mmg x nak main pun sbb kami rancang nak bawa damira jenjalan tapi ape boleh buat ...........
Kami tolak awal dari rumah dalam pukul 8 am sbb tak tau tempatnya nak kena cari dulu, game pulak start pukul 9 am. Sampai sana dlm pukul 8.30 am dan kami bernasib baik sbb mudah saja nak cari tempat tu.
Inilah dia muka damira yg bersemangat nak tengok ayah dia lawan badminton. Tapi semua itu hanya la mula2 saja lepas tu dia meragam nak balik la, nak tido la dan mcm2 lagi. Aku pulak x sempat nak amik gambar ayah dia mase tengah lawan sbb camera tinggal dalam keta nak pi amik malas la pulak.
Macamana pun hubby menang dlm perlawanan tu dia kena main rubber set, alhamdullilah walaupun aku tengok dia x cukup stamina tapi perjuangan tetap diteruskan hehehe, kesian mase tu aku tengok hubby dah pancit habis aku rase.
Tetapi kilang hubby tetap kalah dimana lelaki hanya menang 2 saja dari 5 game dan pompuan pun same kalah menang 1 dari 3 game.
Sampai umah dah jam 2 pm, apelagi masing2 pun dah penat tido la jawabnye sampai ke pkul 6 pm baru sadar itu pun sbb masing2 dah kelaparan.

Sabtu, April 19, 2008
CERITA JAM 1PM
Hari ini adalah hari permulaan bagiku utk menceritakan kehidupan seharian ku, aku ade seorang anak gadis yang berumur 5 tahun, mulut yg tak reti diam, suka buat perkara2 yg dia fikir betul padanya tapi tidak pada diriku dan ayahnya, kuat mengadu, kuat menangis (kememe), pantang dicabar, senang bergaul, seorang yang lasak tetapi ade masenya seorang yang pemalu.
Memandangkan hari ini ari sabtu, jadi waktu keja ku akan habis pada jam 1pm, jadi si kecik ni dah pun set kat kepala dia jika jam 1pm mama dia akan dtg ambil dia di nursery. Pagi tadi dr dlm kereta (semasa on way ke nursery)
mama ari ni blik pkul 1 kan?
ye, sayang nape?
mama ambil adik pkul 1 kan?
ye la.........
mama janji tau amik adik pkul 1?
ye mama janji amik adik pkul 1.
sampai saja di nursery si kecik terus saja turun dan aku pun terus la nak berjalan baru nak masuk gear satu tetiba si kecik ni klua dgn berkata lg :
mama janji tau amik adik pkul 1.
aku hanya mengangguk kan kepala saja, hai nampaknye kena amik jam 1pm juga la x boleh nak lewat sbbnya dia akan meragam kat nursery mcm ari sabtu yang sebelum2 nya. Budak skrg pun dah pandai ingat masa.

Langgan:
Catatan (Atom)