Pengalaman hidup bersama adalah paling bermakna dalam hidup kami dengan berkat doa & usaha maka berjalanlah kehidupan harian kami......
Rabu, April 30, 2008
Bilakah akan berakhir
Berita ini aku dapat daripada akhbar harian tempatan di mana negara kita sekarang sedang mengalami satu fenomena iaitu "Fenomena Ekuinoks" bacalah keratan ini :-
Fenomena ini akan menyebabkan penduduk di kawasan Khatulistiwa melalui tempoh siang hari paling panjang tahun ini iaitu kira-kira 14 jam dan menyaksikan penerimaan cahaya matahari lebih lama daripada biasa. Pada hari tersebut, matahari yang bergerak dari hemisfera selatan ke hemisfera utara menyaksikan bumi condong sedikit dari paksinya sehingga mengakibatkan kawasan Khatulistiwa melalui tempoh siang lebih panjang berbanding waktu malam.
Tempoh siang hari di kawasan itu biasanya kira-kira 12 jam sahaja.Pakar kaji cuaca tempatan, Prof. Dr. Azizan Abu Samah berkata, pada hari itu juga, matahari akan berada lebih lama pada kedudukan horizonnya dan pada masa sama berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa yang menyebabkan keadaan panas terik.``(Ekuinoks) merupakan fenomena biasa yang berlaku akibat putaran bumi mengelilingi matahari yang mana kawasan Khatulistiwa menerima cahaya matahari lebih panjang berbanding kadar biasa.
"Keadaan suhu yang panas juga banyak didorong keadaan semasa yang menyaksikan penghujung musim Monsun Timur Laut yang memasuki peralihan musim antara monsun,'' katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.Beliau yang juga Ketua Jabatan Geografi Universiti Malaya diminta mengulas mengenai fenomena Ekuinoks yang dijangka berlaku lusa di mana kawasan Khatulistiwa akan menerima cahaya matahari paling terik sehingga dijangka mencecah 40 darjah Celsius.Azizan berkata, liputan awan merupakan elemen terpenting dalam menentukan kadar suhu pada hari tersebut kerana ia memainkan peranan untuk memantulkan semula cahaya matahari balik ke angkasa.
"Keadaan awan yang terlalu sedikit akan menyebabkan keadaan suhu menjadi lebih panas dan tidak memungkinkan berlakunya hujan,'' katanya yang juga Felo di Royal Meteorological Society, United Kingdom.Sementara itu, bahang fenomena Ekuinoks semakin dirasai penduduk di utara Semenanjung apabila beberapa kawasan di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak mencatatkan suhu mencecah antara 36 hingga 38 darjah Celsius sejak tiga hari lalu. Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca berkata, kawasan-kawasan terbabit termasuk Alor Star, Kedah yang mencatatkan suhu 38.6 darjah Celsius, Chuping Perlis, (37.6), Langkawi, Kedah (37.5), Butterworth, Pulau Pinang (36.5) dan Lubuk Merbau, Perak (37.1 darjah Cilsius).
"Catatan ini diambil sejak tiga hari lalu dan ia berubah-ubah bergantung kepada keadaan awan dan tiupan angin,'' jelasnya.Bagaimanapun, kata jurucakap itu, liputan awan di kebanyakan kawasan seluruh Semenanjung didapati terlalu sedikit terutamanya di kawasan utara kecuali di pantai barat Perak yang adanya sedikit tompokan awan.
"Setakat ini, tiada petunjuk bahawa hujan lebat akan turun khususnya di utara kecuali kawasan selatan tanah air yang diramalkan akan menerima hujan sekejap-sekejap di beberapa tempat,'' katanya.Azizan berkata, keadaan panas di keempat-empat negeri itu dijangka menjadi lebih buruk apabila tiupan angin di kawasan berkenaan yang lemah ekoran berlakunya `bibit-bibit' fenomena El-Nino yang mula menampakkan kesan kebelakangan ini.
"Kesannya amat jelas apabila pertukaran angin di bahagian tenggara menjadi lemah dan awan yang biasanya datang dari Pasifik akan hilang sekali gus meningkatkan kadar suhu.'' katanya.
Patutla sekarang ni aku rase panas lain macam aje tido malam pun x selesa, apelagi si kecik merungut saja kepanasan sampai kan tido pun kekadang dah x nak pakai baju.
Ini waktu siang tengokla si kecik ni x nak pakai baju memanjang panas katanye dah tu kulit dia pulak jenis yang alah kalau asyik berpeluh sbb nanti akan keluar ruam2 merah kat tempat yang berpeluh.Sorry la gambar gelap.
Ini pulak waktu malam time nak tido muka masih lg berpeluh2 itu dah berkipas tapi masih juga merungut panas sian dia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan