Khamis, Julai 31, 2008

Binatang Kesayangan Damira

Bila kite sebut sahaja binatang kesayangan untuk anak-anak kecil mungkin ramai yang akan terpikir binatang seperti kucing, tikus @ ikan kerana ianye senang di bela dan juga mudah untuk dijinakkan.
Tapi bagi si kecil aku ni lain pula................ kura-kura adalah binatang kesayangannye. Damira akan berbual dengan kura-kura @ pun nama manja totis mcm dia berbual dgn kekawanya. Ayah dia pula siap belikan buai dan diletakkan disebelah akuarium tempat tinggal totis, sebab kata damira senang dia nak bagi totis makan, tp sebenarnye yang aku nampak dia suka berbual.
Aku kekadang pun hairan dengan damira dengan totis pun bleh layan cakap hehehehe........... dan setiap hari rutin dia sebelum pegi sekolah akan bagi totis makan kekadang dah mcm org bercinta kalau nak tunggu dia bagi totis makan.
Sebenarnye totis tu aku x beli pun tapi jumpa kat jalan. Waktu itu kg abahku di batu pahat banjir dan masa aku ke kg air sudah surut sikit tapi parit2 besar masih penuh dengan air. Semasa dlm perjalanan pulang, tetiba adikku memberhentikan keta kerana ada kura-kura melintas, apelagi aku pun klua dan terus amik totis bawa masuk dlm keta waktu yang sama ade juga org berhentikan keta nak amik tapi bak kata pepatah siapa cepat diala yang dapat hehehehe.......... lagipun mase tu totis lintas betul2 kat depan keta kami.
Mase dalam keta asyik nak klua aje, mula2 aku takut juga damira kejap2 menjerit bila nampak kepala totis klua.... kekadang geli pun ade bila tengok kepala totis. Dah dekat setahun totis tinggal dgn kami seronok jaga totis, bila mase hubby tukarkan air aku akan mandikan totis dengan berus, totis pula diam aje mcm dah tau time utk mandi, si kecik pula jadi mando suruh gosok itu, gosok ini dia pun pandai bising kalau air totis kotor siap cakap lg nnt totis x nampak nak jalan hehehehe...... ade2 aje anak ku itu.



Ini pula gambar kura2 kat Hosp. Tun Aminah JB yang aku sempat amik semasa melawat suami umi yang kena operation, biaselah kecik aku ni pantang nampak kura2


Rabu, Julai 30, 2008

11 Perkara Untuk Anak -Anak Kita

Tanggungjawab ibubapa mendidik anak-anak bermula dari buaian hingga ke liang lahad. Di bawah ini disertakan 1-11 perkara yang perlu ibubapa lakukan untuk menjadikan anak-anak soleh dan solehah.
Adalah menjadi kewajipan ibubapa membentuk keluarga Islam supaya menjadi role model kepada anak-anak apabila mereka dewasa kelak.

1. Cinta Dan Taatkan Allah, Rasul, Al-Quran, Ibubapa, Keluarga Dan Negara.
Ibubapa bertanggungjawab sepenuhnya menyemai, mengasuh dan membimbing anak-anak supaya mencintai Allah dan Rasulnya. Sifat cinta kepada Allah dan Rasul mestilah mengatasi cinta kepada makhluk yang lain. Ini dijelaskan oleh sabda rasulullah s. a. w. : Maksudnya: “Seseorang muslim dijamin akan mendapat kemanisan iman sekiranya terdapat pada dirinya tiga perkara berikut. Hendaklah Allah dan Rasulnya lebih ia cintai daripada selain keduannya, hendaklah ia tidak mencintai seseorang melainkan semata-mata kerana Allah dan hendaklah ia benci untuk menjadi kufur sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka”. Riwayat Bukhari & Muslim Imam at-Tabrani meriwayatkan dan Ali r. a. bahawa Nabi s. a. w. bersabda: Maksudnya: “Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara iaitu mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Sebab orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam lindungan singahsana Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindunganNya beserta para nabinya dan orang-orang yang suci”. Riwayat Ad-Dailami. Di dalam buku Ihya ‘Ulumiddin Imam Al-Ghazali mewasiatkan supaya mengajar anak-anak Al-Quranul Karim, hadis-hadis Nabi, hikayat orang-orang alim dan beberapa hukum-hukum agama. Maka apabila perasaan cinta kepada Allah dan RasulNya telah tertanam di dalam jiwa anak-anak, ibubapa mudah untuk mendidik dan menyuruh mereka mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya terutamanya cinta dan taatkan Al-Quran, ibubapa keluarga dan pemimpin negara.

2. Rukun Islam Dan Iman.
Ibubapa perlu mendedahkan dan menerangkan kepada anak-anak tentang rukun Islam dan rukun Iman seterusnya menyuruh mereka menghafal dan mengamalkannya di dalam kehidupan mereka seharian kerana kedua-duanya merupakan asas sebagai seorang muslim dan mukmin sejati. Rukun Islam mengandungi lima perkara dan rukun Iman pula ada enam perkara. Kedua-dua rukun ini ditegaskan oleh Rasulullah s. a. w. ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibrail a. s.: Maksudnya: “Wahai Muhamad! Apakah dia rukun Islam? Rasulullah menjawab: Rukun Islam itu ialah hendaklah engkau mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan Haji sekiranya mampu. Jibrail berkata: benar jawapanmu. Jibrail berkata lagi: Maka terangkan pula kepadaku tentang apakah dia rukun Iman? Rasulullah menjawab: Rukun Iman ialah hendaklah engkau beriman kepada Allah, MaiaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasui-rasulnya, hari akhirat dan beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah Taala”. Riwayat Bukhari, Anak-anak juga perlu diajar tentang asas-asas ilmu tauhid seperti sifat wajib mustahil dan harus bagi Allah dan bagi RasulNya, Nama-nama Allah, Syurga dan Neraka serta perkara-perkara yang boleh menjejaskan keimanan seseorang muslim dan juga hukum-hukum syara’. Ini supaya mereka biasa terlatih untuk melakukan kebajikan dan menjauhi kejahatan rohani dan jasmani.

3. Menghafaz Ayat-Ayat Lazim
Al-Quran merupakan sebuah kitab yang menjadi pegangan dan rujukan kepada setiap orang Islam. Ia akan dipelihara oleh Allah dari sebarang perubahan dan gangguan. Begitu juga orang yang belajar, mengajar, membaca, menghafaz, menjaga, memelihara dan mengamalkan Al-Quran akan dijaga dan diberikan rahmat oleh Allah Taala. Maka ibubapa perlu mengajar anak-anak membaca Al-Quran kerana ia adalah di antara hak dan tanggungjawab ibubapa ke atas anaknya. Firman Allah Taala dalam surah Al-Israk ayat 82: Maksudnya: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya”. Ibubapa juga perlu menyuruh mereka menghafaz surah-surah dan ayat-ayat lazim supaya lidah mereka fasih membaca Al-Quran, diberi rahmat, cahaya dan perlindungan serta dijaga daripada kejahatan zahir dan batin. Firman Allah Taala dalam surah Al-Hijr ayat 9: Maksudnya: “Sesungguhnya Kami (Allah Taala) telah menurunkan Al-Quran ini dan sesungguhnya Kami jugalah yang akan menjaganya”.
Rasulullah s. a. w. bersabda: Maksudnya: “Al-Quran adalah pemberi syafaat dan kitab yang wajib diyakini (kebenarannya) , barangsiapa yang menjadikan Al-Quran di hadapannya, Ia akan memandunya ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkan Al-Quran di belakangnya pula, Ia akan memandunya ke neraka”. Riwayat BaihaqiSabdanya lagi: Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang di dalam rongganya tidak melekat sesuatu ayat Al-Quran, maka ía laksana rumah yang runtuh”. Riwayat Ahmad

4. Menunaikan Perintah Allah.
Kanak-kanak pada usia ini hendaklah dilatih dan dibimbing oleh kedua ibuapanya supaya menunaikan segala perintah Allah s. w. t. terutamanya perintah-perintah yang wajib seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menutup aurat, bercakap benar dan akhlak-akhlak yang terpuji. Ini supaya mereka terbiasa dan dapat membentuk diri mereka ke arah keredhaan Allah sehingga dewasa. Ibadah dan amalan ini akan menjadi benteng bagi mereka dari maksiat dan kemungkaran seterusnya meletakkan diri mereka sentiasa berada dalam pemeliharaan dan rahmat Allah sepanjang masa. Firman Allah s. w. t. dalam surah Toha ayat 132: Maksudnya: “Maka kendaklah kamu (ibubapa) memerintahkan kepada ahli keluarga kamu supaya mendirikan sembahyang dan bersabarlah dalam melakukannya (menyuruh melakukan sembahyang tersebut)”. FirmanNya lagi dalam surah Al-Ankabut ayat 45:Maksudnya: “Demi sesungguhnya sembahyang itu akan mencegah pelakunya dari ada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar". Sabda Rasulullah s. a. w. :Maksudnya: “Ajarkanlah anak-anak kamu mengerjakan solat jika mereka sudah berumur tujuh tahun, dan pukullah (apabila tidak mahu solat) jika mereka sudah berumur sepuluh tahun”. Riwayat HakimSabdanya lagi:Maksudnya: “Puasa itu adalah benteng (dari melakukan maksiat dan mungkar)”. Riwayat An-Nasaei

5. Meninggalkan Larangan Allah.
Setiap ketaatan yang diajar kepada anak-anak juga perlu diiringi dengan perintah supaya mereka meninggalkan larangan Allah dan RasulNya. Ini bagi menjamin mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci dari dosa terutama dosa-dosa yang besar dan tidak mudah terpengaruh dengan bisikan dan ajakan ke arah kejahatan kerana ia akan membawa anak-anak dan ibubapanya ke arah api neraka. Firman Allah s. w. t dalam surah At-Tahnim ayat 6: Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka yang mana bahan apinya terdiri daripada manusia dan batu-batu”. Sabda Rasulullah s. a. w.: Maksudnya: “Taatilah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah. Kerana hal ini akan memelihara mereka dan kamu dan api neraka”.

6. Menggalakkan Berjamaah.
Ibubapa perlu mengasuh dan mendidik anak-anak supaya berjamaah dan bersama-sama di dalam melakukan aktiviti ibadah ataupun harian. Ini bagi menyemai perasaan kasih sayang di antara satu sama lain dan semangat kekitaan dalam rumahtangga. Dengan berjamaah juga akan sentiasa mendapat pertolongan Allah s. w. t. Rasulullah saw. bersabda: Maksudnya: “Pertolongan dan rahmat Allah bersama dengan orang yang berjamaah”. Riwayat At-Tarmizi, Perkara yang paling dituntut supaya berjamaah di dalam rumahtangga ialah sembahyang, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa, makan minum dan lain-lainnya. Bahkan pahala berjamaah lebih besar daripada bersendirian. Rasulullah s. a. w. bersabda: Maksudnya: “Sembahyang berjamaah itu lebih baik daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat”. Riwayat Muslim

7. Membaca Doa Dan Wirid Harian.
Ibu bapa juga bertanggungjawab mengajar anak-anak mereka dengan doa-doa harian dan wirid-wirid yang perlu diamalkan dari pagi hingga waktu sebelum tidur. Doa-doa tersebut adalah seperti doa sebelum tidur dan selepas bangkit darinya, doa sebelum dan selepas makan, doa masuk ke dalam tandas, doa selepas mengambil wuduk, doa memakai pakaian, doa selepas sembahyang lima waktu, dan sebagainya. Pendedahan doa-doa seperti ini kepada anak- anak amat penting kerana setiap amal yang dimulakan dengan doa akan mendatangkan keberkatan terhadap perbuatan tersebut. Seterusnya doa-doa ini sekiranya dibaca mendekatkan anak-anak kepada Allah dan menenangkan hati-hati mereka. Allah s. w. t berfirman dalam surahAl-Fatihah ayat 5: Maksudnya: “Hanya kepada Mu-lah (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Mu-lah jua tempat kami meminta pertolongan”. Wirid-wirid yang telah diajarkan oleh Rasulullah s. a. w. perlu diajarkan oleh ibubapa kepada anak-anak kerana kesan daripada berzikir itu dapat membentuk dan mendidik kerohanian anak-anak dan menghampirkan diri mereka kepada Allah. Malahan doa-doa dan wirid harian ini akan menjadi pendinding yang menghindarkan diri mereka dan godaan Syaitan. FirmanNya lagi dalam surah Ar-Ra’d ayat 28: Maksudnya: “(laitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

8. Memohon Restu Kedua Ibubapa
Anak-anak dalam lingkungan usia begini perlu dididik agar menghormati ibubapa menurut garis-ganis panduan seperti berikut: -Redha Allah Ada Pada Keredhaan Ibubapa. Sabda Rasulullah s. a. w.: Maksudnya: “Keredhaan Allah itu berada dalam keredhaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah itu berada dalam kemurkaan kedua ibubapa”. Riwayat At-Tabrani Berbuat Baik Kepada Orang Tua Lebih Utama Berbanding Jihad Di Jalan Allah. Rasulullah s. a. w. bersabda dalam sebuah hadis yang dinwayatkan oleh Ibnu Mas’ud: Maksudnya: “Saya bertanya kepada Nabi s. a. w. Apakah amal yang paling disukai oleh Allah Taala? Beliau menjawab: Solat pada waktunya. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berjihad (berjuang) di jalan Allah”. Riwayat Bukhari & Muslim Jahamah r. a. telah mendatangi Nabi s. a. w. seraya berkata:“Wahai Rasulullah, aku ingin berperang, dan aku datang untuk bermusyawarah denganmu”. Nabi bertanya, “Apakah engkau mempunyai ibu?”. Ia menjawab, “Ya”. beliau bersabda:“Tinggallah berbakti kepadanya, kerana sesungguhnya Syurga itu berada di bawah telapak kakinya”. Riwayat Ahmad & An-Nasaei Mengutamakan Berbuat Baik Kepada Ibu Berbanding Ayah. Rasulullah s. a. w. telah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r. a.: Maksudnya: “Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s. a. w. dan berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang paling berhak aku temani dengan baik? Beliau bersabda: Ibumu. Ia bertanya: Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ibumu. Ia berkata: Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ibumu. Ia bertanya : Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ayahmu”. Riwayat Bukhari & Muslim Firman Allah s. w. t. dalam surah Al-Israk ayat 23-24: Maksudnya: “Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainNya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara kedu-duanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “Ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai tuhanku kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku semasa kecil dahulu”. Sabda Rasulullah s. a. w Maksudnya: “Kamu dan harta kamu adalah untuk ibubapa kamu”. Riwayat Ibnu Majah Aishah r. a. berkata: “Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s. a. w. dengan membawa seorang tua. Beliau bertanya kepadanya: Hai lelaki! Siapakah orang yang bersamamu ini? Lelaki itu menjawab: Ayahku. Beliau bersabda: Janganlah engkau berjalan di depannya, jangan duduk di hadapannya, jangan panggil ía dengan namanya dan janganlah engkau samakan ia dengan sesuatu”.
9. Latihan Amali Fardhu ‘Ain
Ibubapa hendaklah sentiasa menjadi contoh kepada anak-anak dalam melakukan ibadah-ibadah Fardhu ‘Ain seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menghormati orang-orang tua, melafazkan kata-kata yang baik dan lain-lain lagi. Bahkan anak-anak perlu diberi penekanan dan latihan yang berterusan tentang perkara tersebut. Ibadah Fardhu ‘Ain ini amat penting kerana ia menjadi asas kepada terlaksananya ibadah-ibadah yang lain.

10. Mengadakan Usrah Keluarga
Dalam usaha untuk mewujudkan institusi keluarga yang kukuh, maka ibubapa perlu mengadakan usrah yang terdiri daripada anggota keluarga iaitu ibubapa dan anak-anak. Antara tujuan usrah ini diadakan ialah untuk: Memperingatkan ahli keluarga supaya melaksanakan hukum Allah. Mengeratkan silaturrahim antara anggota keluarga. Satu proses tarbiah diri dan keluanga. Mengujudkan satu budaya menghayati ilmu agama di dalam njmah.
11. Halaqah Muhasabah
Halaqah Muhasabah adalah satu tuntutan agama. bagi meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab seorang hamba kepada Allah. Firman Allah Taala dalam surah Al-Hasyr ayat 18:Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) ; dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang Ia telah sediakan (dan amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”.

Gurau lagi........

Cerita II
""Test ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti. Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda.
Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal.
Setelah Anda buka pintunya dan masuk, didalamnya terdapat: 7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil.
Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah. Buah-buahan tersebut terdiri daripada:
a. epal
b. pisang
c. jeruk
d. mangga
e. rambutan
f. papaya
Buah manakah yang akan anda pilih?
Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda!
Berfikirlah dengan berhati-hati.
JAWAPAN...sila scroll ke bawah...
>?
>?
>?
>?
>?
>?
>?
>?
>?
Ini dia jawapannya...
a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal
b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang
c. jika anda pilih jeruk: bererti Anda adalah orang yang suka makan jeruk
d. jika anda pilih mangga: bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga
e. jika anda pilih rambutan: bererti Anda adalah orang yang suka makan rambutan
f. Jika anda pilih papaya: bererti Anda adalah orang yang suka makan papaya
aderke...hehehehheh......hehehee...
tipah tertipu .. hehehee..
tak kan nak kena sorang pi le hantaq kat org lain.....hehehehe....

Sekadar gurauan.......

Cerita I
Gini.....ada orang cerita....kejadian kat sebuah pekan di Johor. Lebih kurang macam cerita mayat bertukar jadi khinzir...gitulah lebih kurang. Kisah seorang anak yang tak pernah ngikut kata kedua orang tuanya. Bak kata orang, dah berbuih dah mulut bagi nasihat, tapi si anak ini (seorang lelaki) tetap dengan kedegilan dan perangai samseng serta kurang ajarnya.

Nak jadi cerita, ayah si pemuda ini pun meninggal dunia dan beberapa bulan selepas kematian ayahnya, baharulah timbul keinsafan di hatinya tentang segala salah-laku dan perangai buruk yang diperbuatnya selama ini. Terlintas dihatinya untuk minta ampun kepada ayahnya tetapi si ayah sudahpun bersemadi di liang lahad. Barangkali, kerana desakan keinsafan yang semakin menebal dalam diri anak muda itu, akhirnya dia menemui seorang lebai di sebuah masjid di kampungnya. Lalu diceritakannyalah perihal keadaan dirinya di masa lalu dan keinginannya untuk meminta keampunan daripada ayahnya yang sudah menjadi arwah itu. Lalu berkatalah si lebai kepada anak muda itu.

" Tidak mungkin kau boleh meminta maaf pada ayah kau yang dah meninggal itu, tapi keinsafan yang menjelma dalam dirikau sekarang ini sudah cukup membuatkan roh ayah kau itu tidak teruk menderita dan tersiksa. Kalau kau masih sayangkan ayahkau itu, pergilah ke kuburnya dan bacakanlah talkin serta siramlah air di atas pusaranya. "

Semasa kecilnya anak muda ini kurang mendapat didikan agama. Nak baca talkin macam mana, sedangkan membaca al-fatihahpun masih merangkak. Namun si anak muda ini tetap ikhlas terhadap hasratnya ke kubur ayahnya dan menyiram pusara ayahnya dengan air mawar yang diberikan oleh si lebai tadi. Sepulangnya anak muda itu ke rumahnya, lalu diletakkannyalah bekas air(mawar)itu di suatu sudut di dapur rumahnya. Beliau bercadang untuk ke kubur ayahnya selepas solat asar nanti. Entah macamana, tertidurlah dia dan sedang dia tidur itu, emaknya memasak air (mawar) tadi dan dibancuhnyalah teh susu. Si anakpun, kerana tekadnya, bangun dan segera ke dapur untuk mengambil bekas air (mawar) itu. Alangkah cemasnya anak muda itu apabila didapatinya bekas itu sudah kosong. Lalu bertanyalah anak muda itu kepada emaknya.

" Di mana air di dalam bekas ini ? " tanya anak muda. " Emak dah masak dan buatkan teh susu " jawab si emak. " Haaa...dah buat teh susu ? " tanya anak muda itu terperanjat. " Iya...tu atas meja tu, kenapa kau terperanjat ?" tanya si emak. " Itu air mawar...saya nak siram atas kubur ayah. " ujar anak muda. Barangkali si emak juga kurang pendidikan agama lalu keluarlah jawapan ini kepada anak lelakinya itu. " La. ..mana mak tau, alah kau bawa aje teh susu itu ke kubur ayah kau dan siramkan atas kubur ayah kau itu." jawab si emak. Si anak muda yang lurus bendul itupun membawalah cerek berisi air teh susu itu ke kubur ayahnya lalu disiramnya air teh susu itu di atas pusara ayahnya.

Maha Suci Allah, sebaik sahaja air teh susu itu disiram di atas pusara ayahnya, lalu tiba-tiba bumi yang dipijaknya bagaikan bergoncang dan bergegar.Dia melihat sekeliling kawasan perkuburan itu, tiada apa yang dilihatnya yang boleh membawa kepada goncangan yang sebegitu kuat itu. Pun begitu, anak muda itu tidak panik dan tidak pula lari kerana dia tahu, itu ialah kubur ayahnya. Dia terpaku apabila dilihatnya, kubur ayahnya merekah dan keluarlah asap memutih dan dari celahan retakan kubur ayahnya itu, keluarlah sebelah tangan iaitu tangan yang sebelah kanan berdasarkan kedudukan jari-jemari tangan itu. Anak muda itu semakin tercengang apabila tangan itu mula merapatkan jari-jarinya dan hanya ibu jari yang terhala ke atas seolah-olah menunjukkan tanda "bagus good " kepadanya. Tiba-tiba, kedengaran satu suara ghaib dari dalam kubur itu :

















" BOH ADA UMPHH!!.. ".
THE END

Sabtu, Julai 26, 2008

Mendung + Sedih

Cuaca kat luar mendung dan tetiba aje hatiku merasa amat sedih bila teringatkan seseorang........... seorang yang aku anggap sebagai kakak tempat aku mengadu nasib kini telah pergi selamanya.............
Terlalu banyak kenangan aku dan dia sehingga aku tak dapat melupakanya walaupun sudah hampir 10 tahun ianya berlalu.
Akak, aku tahu kehidupan mu penuh dengan kesengsaraan, tapi aku lihat air muka mu sedikit pun tidak menampakan kesedihan mu...... bila aku bertanya kau menafikanya.
Kau begitu tabah kak sampai sekarang aku masih lagi terbayang2 wajahmu aku terkilan kerana tak dapat melawatmu semasa sakit & semasa kau pergi juga aku tak tahu....
Kak.... aku betul merinduimu......... kini penderitaanmu telah berakhir kak, aku doakan kau bahagia di alam sana.... Amin......Al Fatihah buat arwah Kak Anis.

Khamis, Julai 24, 2008

Sibuk

Kebelakangan ini aku sentiasa sibuk dengan berbagai2 masalah:-
1) Tugas di tempat kerja.
2) Tugas di rumah.
3) Masalah keluarga.
4) Masalah adik2 adikku.
dan macam2 lagi masalah yang mendatang...................
Tapi apakan daya aku hanya manusia biasa yang tak mungkin terlepas dari berbagai masalah, bak kata orang semua manusia yang hidup akan di timpa masalah dan tak boleh lari darinya kerana selagi ianya tidak di selesaikan maka masalah akan mengekori ke mana jua kita pergi...
Masalah2 ini semua telah membuatkan aku tiada masa utk berblog, lame juga aku tinggalkan blog kesayangan ku ini, tidak berupdate rindu pula rasenye...............Insya'allah aku akan cuba juga untuk mencari kesempatan utk berblog lagi banyak sebenarnye cerita yang aku nak kongsikan bersama....................

Jumaat, Julai 04, 2008

Happy Anniversary !!!!

Semalam 3.7.08 adalah hari bersejarah buat kami berdua "HaPpY AnNiVeRsArY".


Inilah dia kek kami simple aje yang penting sedap hehehehe

Alhamdulillah ............ dan bersyukur kepada Allah yang Esa kerana masih lagi dapat bersama2 meraikanya, aku juga berdoa semoga hubungan kami kekal hingga ke akhir hayat, murah rezeki, panjang umur, amalan yg tiada putusnya utk bekalan kami akhirat nanti, di jauhi penyakit serta dapat bersama-sama membimbing anak kami 'damira' ke jalan yang lurus, maklumla dengan dunia sekarang yang semakin banyak onak durinya. Amiiiiiiiiin.............

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails