Rabu, Julai 30, 2008

Sekadar gurauan.......

Cerita I
Gini.....ada orang cerita....kejadian kat sebuah pekan di Johor. Lebih kurang macam cerita mayat bertukar jadi khinzir...gitulah lebih kurang. Kisah seorang anak yang tak pernah ngikut kata kedua orang tuanya. Bak kata orang, dah berbuih dah mulut bagi nasihat, tapi si anak ini (seorang lelaki) tetap dengan kedegilan dan perangai samseng serta kurang ajarnya.

Nak jadi cerita, ayah si pemuda ini pun meninggal dunia dan beberapa bulan selepas kematian ayahnya, baharulah timbul keinsafan di hatinya tentang segala salah-laku dan perangai buruk yang diperbuatnya selama ini. Terlintas dihatinya untuk minta ampun kepada ayahnya tetapi si ayah sudahpun bersemadi di liang lahad. Barangkali, kerana desakan keinsafan yang semakin menebal dalam diri anak muda itu, akhirnya dia menemui seorang lebai di sebuah masjid di kampungnya. Lalu diceritakannyalah perihal keadaan dirinya di masa lalu dan keinginannya untuk meminta keampunan daripada ayahnya yang sudah menjadi arwah itu. Lalu berkatalah si lebai kepada anak muda itu.

" Tidak mungkin kau boleh meminta maaf pada ayah kau yang dah meninggal itu, tapi keinsafan yang menjelma dalam dirikau sekarang ini sudah cukup membuatkan roh ayah kau itu tidak teruk menderita dan tersiksa. Kalau kau masih sayangkan ayahkau itu, pergilah ke kuburnya dan bacakanlah talkin serta siramlah air di atas pusaranya. "

Semasa kecilnya anak muda ini kurang mendapat didikan agama. Nak baca talkin macam mana, sedangkan membaca al-fatihahpun masih merangkak. Namun si anak muda ini tetap ikhlas terhadap hasratnya ke kubur ayahnya dan menyiram pusara ayahnya dengan air mawar yang diberikan oleh si lebai tadi. Sepulangnya anak muda itu ke rumahnya, lalu diletakkannyalah bekas air(mawar)itu di suatu sudut di dapur rumahnya. Beliau bercadang untuk ke kubur ayahnya selepas solat asar nanti. Entah macamana, tertidurlah dia dan sedang dia tidur itu, emaknya memasak air (mawar) tadi dan dibancuhnyalah teh susu. Si anakpun, kerana tekadnya, bangun dan segera ke dapur untuk mengambil bekas air (mawar) itu. Alangkah cemasnya anak muda itu apabila didapatinya bekas itu sudah kosong. Lalu bertanyalah anak muda itu kepada emaknya.

" Di mana air di dalam bekas ini ? " tanya anak muda. " Emak dah masak dan buatkan teh susu " jawab si emak. " Haaa...dah buat teh susu ? " tanya anak muda itu terperanjat. " Iya...tu atas meja tu, kenapa kau terperanjat ?" tanya si emak. " Itu air mawar...saya nak siram atas kubur ayah. " ujar anak muda. Barangkali si emak juga kurang pendidikan agama lalu keluarlah jawapan ini kepada anak lelakinya itu. " La. ..mana mak tau, alah kau bawa aje teh susu itu ke kubur ayah kau dan siramkan atas kubur ayah kau itu." jawab si emak. Si anak muda yang lurus bendul itupun membawalah cerek berisi air teh susu itu ke kubur ayahnya lalu disiramnya air teh susu itu di atas pusara ayahnya.

Maha Suci Allah, sebaik sahaja air teh susu itu disiram di atas pusara ayahnya, lalu tiba-tiba bumi yang dipijaknya bagaikan bergoncang dan bergegar.Dia melihat sekeliling kawasan perkuburan itu, tiada apa yang dilihatnya yang boleh membawa kepada goncangan yang sebegitu kuat itu. Pun begitu, anak muda itu tidak panik dan tidak pula lari kerana dia tahu, itu ialah kubur ayahnya. Dia terpaku apabila dilihatnya, kubur ayahnya merekah dan keluarlah asap memutih dan dari celahan retakan kubur ayahnya itu, keluarlah sebelah tangan iaitu tangan yang sebelah kanan berdasarkan kedudukan jari-jemari tangan itu. Anak muda itu semakin tercengang apabila tangan itu mula merapatkan jari-jarinya dan hanya ibu jari yang terhala ke atas seolah-olah menunjukkan tanda "bagus good " kepadanya. Tiba-tiba, kedengaran satu suara ghaib dari dalam kubur itu :

















" BOH ADA UMPHH!!.. ".
THE END

2 ulasan:

Akak berkata...

Salam lyen..

hehe padan muka akak terkena kan!!!

razlyen78 berkata...

tu la...... lyen pun same akak, mase baca memula tu rase mcm x sabar nak tau kesudahannya alih2 terkena la pulak......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails