Isnin, Jun 30, 2008

Wayang

Inilah dia tiket wayang kami selalunye dua aje skrg dah kena bertiga hehehe

Sabtu yang lepas aku ngan hubby bawa damira tengok wayang, itula dia first time kami bawa dia tengok wayang cerita "kungfu panda"nasib baik citer tu ade lagi. Bukan main seronok lagi sbb sblm ni aku dok cakap2 aje nak bawa dia tengok wayang tapi hampeh mmg tak pergi pun.

Tengokla sibuk nak amik gambar ngan panda juga padahal dah kesejukan tu .........


Mase kat dalam panggung mulut dia kepoh betul byk kali aku suruh diam eh cakap lagi & cakap lagi bila dah ketawa berdesing telinga aku, hehehe......... maklumla first time aku pun layankan aje. Mama ngan ayah dia pun dulu hantu wayang juga tapi dah lama juga kami tak tengok wayang sejak damira ada.

Macamana pun kami seronok bila tengok muka damira puas, seronok bawa anak kenal2 kan benda baru, lepas ni bleh la kami lanjutkan activity mase cuti dgn tengok wayang tp aku cakap dengan damira cume bleh tengok citer kartun2 aje gaduh2 & citer seram aku x nak, nampaknye dia ok aje hehehe...........

Khamis, Jun 26, 2008

Bisul

Sudah dekat 3 minggu aku menahan sakit, hanya tuhan saja yang tahu..................... hari berganti hari siku kiri semakin membengkak. Rupa2 nya siku aku kena bisul, aku hanya boleh membengkok kan tangan saja nak tegak pun tak boleh sakit sampai tak tertahan dah.Tiap malam tak leh nak tidur sakit tu berdenyut2 lebih kurang mcm orang sakit gigi.

Masuk minggu ke tiga barula bisul aku tu pecah masa ari pertama pecah cuma 2 mata aje yg keluar ingatkan dah ok lepas tu ari kedua keluar lagi satu mata. Masa tu aku pegi melawat abah di hospital berdenyut2 lagi siku ni. Hari isnin yang lepas kelua lagi satu mata dan akhir sekali hari rabu keluar lagi satu mata. Ya Allah sampai 5 mata aku dapat, betul2 dugaan bagi aku. macamana pun sekarang dah beransur pulih alhamdullilah.................

Bisul ialah jangkitan pada folikel rambut/bulu roma yang menyebabkan penghasilan nanah atau abses.

Perebakan
Bisul merebak apabila mana-mana bahagian badan tersentuh bisul yang pecah. Bisul yang terjadi di sekeliling mata dan hidung adalah sangat serius kerana racunnya boleh merebak hingga ke otak.

Kemunculan dan lokasinya
Bisul ialah bengkak berwarna merah dan terasa sakit di bahagian bawah lapisan kulit. Ia dipenuhi nanah dan kelihatan seperti jerawat batu. Nanah atau abses boleh membesar lebih dari saiz bola ping-pong dan terasa sangat sakit. Jangkitan ini selalunya disebabkan oleh kuman Staphylococcus aureus iaitu sejenis kuman yang tidak merbahaya. Ia hidup di permukaan kulit dan di kawasan yang terjangkit seperti luka atau jerawat. Oleh itu bisul lazimnya muncul apabila sistem pertahanan badan kita merosot.
Bisul boleh terjadi di mana-mana bahagian badan tetapi selalunya ia terjadi di bahagian yang berbulu dan yang melecet seperti ketiak, kelopak mata, buah dada, punggung, muka, kelangkang dan di belakang tengkuk. Apabila bisul menjadi besar, ia dikenali sebagai karbunkel. Selalunya karbunkel terjadi di belakang tengkuk dan punggung. Karbunkel adalah bisul yang besar atau kelompok bisul kecil yang bergabung bersama. Biasanya ia mudah terjadi di kalangan pesakit diabetes.
Penjagaan sendiri
Mengamalkan kebersihan diri terutama di kawasan yang mudah terjadinya bisul. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk memastikan badan sentiasa bersih. Menggunakan sabun antibakteria mungkin dapat menolong individu yang mudah berpeluh dengan banyak atau bekerja di kawasan yang kurang bersih.
Elak diri dari memakai pakaian yang ketat.
Jangan menggaru kulit kerana kulit yang pecah akan menyebabkan jangkitan.
Gunakan losyen antiseptik seperti Cetrimide atau Acriflavine pada kulit yang pecah untuk mencegah dari jangkitan atau perebakan jangkitan.
Cuci mana-mana bahagian badan yang tersentuh dengan bisul yang pecah.
Jangan memicit, menggaru atau memecahkan bisul kerana bisul yang pecah atau luka yang terbuka boleh menggalakkan jangkitan. Memicit bisul boleh menekan jangkitan jauh ke dalam kulit. Manakala menggaru bisul yang pecah boleh merebakkannya ke tempat-tempat lain.
Apabila bisul terjadi, tuamkannya dengan bahan yang suam selama 10 minit sebanyak 3 kali sehari untuk membantu memasakkan bisul yang kemudiannya akan pecah dengan sendiri. Selain itu, ambilkan botol berisi air panas atau pad pemanas yang kalis air dan letakkannya di atas tuala lembap. Kemudian tuamkan ke kawasan bisul. Ini juga boleh membantu meredakan keadaan..
Makan ubat penahan sakit jika anda tidak berdaya menahan kesakitan.
Apabila bisul telah pecah, cuci bahagian itu secara menyeluruh dengan sabun antibakteria untuk mengelakkan jangkitan dari merebak ke kawasan lain. Teruskan penggunaan penuam yang suam selama 3 hari selepas bisul telah pecah. Balut dengan kapas yang kering dan tukar setiap hari sehingga bahagian tersebut telah betul-betul sembuh.
Cuci tangan dengan teliti sebelum menyediakan makanan kerana bakteria yang terkandung di dalam bisul boleh menyebabkan keracunan makanan.
Mandi dengan air pancuran (shower) kerana menggunakan air pancuran dapat mengurangkan jangkitan dari merebak.
Berjumpalah doktor sekiranya...
Bisul terjadi di muka.
Bisul tidak sembuh selepas dirawat di rumah lebih dari 5-7 hari .
Saiz bisul lebih besar dari bola ping-pong.
Jika terdapat tanda-tanda ianya semakin teruk, seperti:
Teramat sakit, bengkak, terasa panas, kemerahan atau lembut.
Terdapat garisan/jaluran merah yang merebak keluar dari kawasan bisul.
Nanah keluar berterusan.
Jika anda mengalami demam.
Jika bisul tumbuh semula di kawasan yang lama atau di kawasan lain.
Jika anda menghidapi diabetes.
Jika terdapat gumpalan lain, terutamanya jika ianya menyakitkan yang terjadi berhampiran dengan tempat jangkitan..

Isnin, Jun 23, 2008

DENGGI

Jumaat 13 Jun 08, abahku telah dimasukkan ke hospital akibat serangan nyamuk aedes. Demam yang disangkakan hanyalah penyakit biasa sebenarnya adalah "DENGGI". Tapi mujur ibuku cepat membawanya ke hospital. Abahku sememangya sering ke hospital tetapi apabila di suruh tinggal di wad memang payah. Ibu kata abahku terlalu lemah sebab demam tu dah 3 hari di biarkan. Baru 2hari masuk dah 15 botol air masuk kebadannya darah pula 2 botol. Itulah dia penangan nyamuk aedes walau pun binatang itu nampak kecil dan halus sebenarnya boleh membawa maut.
Semasa Aku, Hubby, Damira & Adik ku ke sepital melawat abah, wajahnya nampak lesu saja mungkin kerana menahan sakit, tapi disebabkan keletah damira nampak juga senyuman diwajah abah, kami sampai petang sabtu. Wad 5, jadi riuh dengan mulut damira, aku beberapa kali membesarkan mata supaya damira diam dan tidak buat bising tapi langsung tak dihiraukanya maklumla ramai pembela, geram betul aku dengan perangainya...............
Kami semua adik beradik berharap agar abah cepat sembuh dan sihat seperti sediakala Amin......
.
APA ITU DENGGI?
Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang penyakit ini. Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes. Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar.
Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis ´serotype´ virus yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis ´serotype´ ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja.
Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit. Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak dua hingga empat miligram darah iaitu 1.5 kali berat badannya. Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.
Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu:
1. Aedes aegypti. Ciri-ciri nyamuk ini ialah tanda putih-perak bentuk kecapi di kepala. Nyamuk aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.
2. Aedes albopictus. Ciri-ciri nyamuk ini pula ialah terdapat garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan. Nyamuk albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan tempat air bertakung. Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.
Cara jangkitan:
Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama lapan hingga sepuluh hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada terdapat dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.
Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil ´penularan mekanikal´. Selain itu, jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari di mana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya. Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit.
Tempat pembiakan:
Nyamuk aedes membiak di dalam takungan air jernih sama ada di dalam dan luar rumah tetapi tidak boleh membiak di dalam air yang kotor. Bahagian dalam rumah ia dapat membiak di piring alas pasu bunga, tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi dan perangkap semut. Manakala di luar rumah seperti di dalam tayar buruk, saluran air hujan, tin-tin kosong, kawasan pembinaan, cawan getah, lubang pokok, tungguk buluh, ketiak daun seperti, daun pandan dan nanas.
Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu:
i) Demam denggi klasikal. Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan ´demam patah tulang´ atau ´breakbone fever´.
ii)Demam denggi berdarah. Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai ´demam berdarah Filipina´.
Tanda-tanda atau gejala:
1. Demam denggi klasikal Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.
2. Demam denggi berdarah Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan. Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai ´Dengue Shock Syndrome´ (DSS). Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.
Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:
Rawatan demam denggi klasikal:
Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.
Rawatan demam denggi berdarah:
Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.
Oleh hal yang demikian, orang ramai perlu lebih peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal mereka agar nyamuk ini tidak dapat membiak dengan membersihkan kawasan rumah dan membuang segala sampah sarap yang mungkin menjadi sarang nyamuk ini melakukan proses pembiakkan malah pihak berkuasa juga perlu memastikan setiap premis bebas daripada denggi.

Isnin, Jun 16, 2008

Sambutan Hari Bapa


Patut damira yang suap ayah ni terbalik pulak.

Aku dan damira belanja hubby ku makan kat pizza hut sempena menyambut " Hari Bapa" tp kami sambut awal sikit. Sebenarnya damira la org yang paling bahagia sebab dapat makan pizza kerana dah lama dia minta tp kami buat x layan aje.

Selalu nya bila tiap2 kali kami blik ke kampung pada hujung minggu aku akan singgah belanja damira makan mcdonalds, itu pun kat drive-thru aje, sbb tula yang dia sibuk dok menanya bila kami nak belanja dia makan pizza bila nampak iklan kat tv. Bila aku tanya nape sibuk sangat nak makan kat pizza, jawab dia senang aje "adik tengok orang makan pizza hut kat tv tu sedap sangat, perut adik dah lapar la, dah tu siap cakap dia bau pizza lagi .........

Si kecik ni pantang kalau nampak gambar pizza, mula la di merengek ajak kami mkn kat pizza hut. Aku & hubby x berapa minat sangat makan pizza, kalau mcd ke, kfc ke, king burger ke, kami on aje hehehe.......



Inilah dia budak yang x sabar2 nak makan pizza hut.
Mmmm........... makan lagi si kecik ni.

Sabtu, Jun 14, 2008

SELAMAT HARI BAPA

Wajah ABAH tercinta bersama adiku yang akan bakal menjadi ayah pada bulan September ini insyaallah......

Ucapan aku tujukan khas buat abahku yang tersayang, suamiku yang dicintai, ayah mertuaku yang dihormati, abangku yang diingati dan semua bapa2, yang ada di seluruh dunia.
Abah jasamu tidak mungkin dapat ku balas, pengorbanan mu kepada kami adik beradik amat berharga dan tidak ternilai harga yang ade didunia, setitik peluhmu yang keluar untuk memberi kami sesuap nasi hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya.
Abah dikaulah idola ku................. aku masih ingat lagi kata2 mu "belajarlah setinggi mana kamu kerana kesudahannya kamu jua yang akan senang" , "belajar dari kesilapan dan bukan mengulangi kesilapan" , "perbuatan yang mulia akan di balas dengan ganjaran yang tiada tandingan nikmatnya dari Allah".
Bila aku terkenang2 akan kata-kata Abah, semua ada benarnya kini aku dapat merasa apa yang dikatakan 20 tahun dulu oleh Abah. Aku banyak belajar erti kesusahan , pengorbanan, kesengsaraan, kegembiraan dari mu Abah.................. Tiada apa pun yang akan dapat melupakan aku akan semua jasa2 mu walau tubuh ini di telan bumi. Akak doakan ABAH sentiasa dengan ketakwaan kepada Allah s.w.t yang tiada kesudahan, kesihatan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki yang melimpah ruah dan bahagia dengan kasih sayang disisi ibu dan kami anak beranak......... AMIN.

Jumaat, Jun 13, 2008

Kereta & Motor

DAMIRA & KERETA


Janji mesti ditepati itulah dia ungkapan yang biasa kita dengar, apelagi dengan budak yang baru meningkat naik usianya. Siapa lagi kalau bukan si kecik aku ni. Masa nak balik kampung pun tujuan sebenarnya adalah dia nak naik motor & kereta kecik kat tepi pantai mersing.


Jadi mase on the way nak blik ke johor aku ngan hubby pun gerak awal sbb takut nanti jalan sesak apelagi kat highway pasir gudang, maklumlah minyak pun dah naik harga ye tak? Si kecik aku ni pulak ingat janji ayah dia nak pi main keta kecik kat tepi laut apelagi dia pun tuntut la.

Nasib baikla waktu kami sampai kat sana budak2 masih belum ramai lagi jadi dapatla damira pandu keta kecik & motor kecik idamannya. Harga sewa pun ok 1/2 jam RM 3.00 tp kalau booking 1 jam harganya jadi RM5.00, ok la berbaloi untuk si kecik aku melepaskan geramnya selama ini. Dalam melayan kerenah si kecik akhirnya petang juga baru aku bertolak balik.


Muka dah penat, kena panas sbb walaupun cuaca mendung tetap terasa bahang & kat belakang tu laut serta pulau2 kecil sekitarnya.

Inilah dia ciri-ciri pemandu berhemah tapi ada hati tu nak bawa keta mcm dalam cerita impak maksima cerita kegemaran dia.

Khamis, Jun 12, 2008

Air Papan Mersing



Masa cuti yang lepas kami sekeluarga amik peluang ini untuk pulang ke kampung. Dapat rehat secukupnya memang amat berbaloi bagi aku & hubby nak2 si kecik aku tu, ape lagi melonjak2 lah dia. Kami bertolak jumaat malam, semasa di jalanraya boleh dikatakan semua jalan sesak di sana-sini maklumlah minggu terakhir cuti sekolah. Akhirnya kami sampai di kampung pada jam 11.00mlm apelagi zzzzzzzzzzz lah jawabnye.

Bangun2 aje, mak mentua sudah siapkan sarapan pagi dan juga bekalan utk ke pantai Air Papan, Mersing. sebenarnye aku dan hubby x bercadang pun nak ke pantai sebab keadaan cuaca tapi bila mengenangkan keluarga mentuaku bersungguh2 aku pun ikut sekali. Damira apelagi seronokla dia. Sampai saja di sana aku ngan hubby duduk2 aje damira pulak takut nak mandi sebab ombak laut kuatla juga waktu itu. Jadi kami amik angin laut ajelah jawabnye. Dapat juga aku melihat air laut yang sememangye menjadi minat ku dari sejak kecil lagi, aku jadi seronok melihat ramainya manusia mandi manda di situ.



Tengokla ni siap ada baywatch lagi......... mase2 dulu x de benda ni sume, ye la mak mentua aku cakap dah banyak laut ni mengorbankan nyawa manusia.





Damira & sepupu belah hubby ku main buai di tepi laut. Tengokla anakku itu bukan main seronok lagi dia berbuai siap nak berbaring la...... Aku & hubby pun x nak ketinggalan maklumlah dah lama merasa nak berbuai hehehehe.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails