Sudah dekat 3 minggu aku menahan sakit, hanya tuhan saja yang tahu..................... hari berganti hari siku kiri semakin membengkak. Rupa2 nya siku aku kena bisul, aku hanya boleh membengkok kan tangan saja nak tegak pun tak boleh sakit sampai tak tertahan dah.Tiap malam tak leh nak tidur sakit tu berdenyut2 lebih kurang mcm orang sakit gigi.
Masuk minggu ke tiga barula bisul aku tu pecah masa ari pertama pecah cuma 2 mata aje yg keluar ingatkan dah ok lepas tu ari kedua keluar lagi satu mata. Masa tu aku pegi melawat abah di hospital berdenyut2 lagi siku ni. Hari isnin yang lepas kelua lagi satu mata dan akhir sekali hari rabu keluar lagi satu mata. Ya Allah sampai 5 mata aku dapat, betul2 dugaan bagi aku. macamana pun sekarang dah beransur pulih alhamdullilah.................
Bisul merebak apabila mana-mana bahagian badan tersentuh bisul yang pecah. Bisul yang terjadi di sekeliling mata dan hidung adalah sangat serius kerana racunnya boleh merebak hingga ke otak.
Kemunculan dan lokasinya
Bisul ialah bengkak berwarna merah dan terasa sakit di bahagian bawah lapisan kulit. Ia dipenuhi nanah dan kelihatan seperti jerawat batu. Nanah atau abses boleh membesar lebih dari saiz bola ping-pong dan terasa sangat sakit. Jangkitan ini selalunya disebabkan oleh kuman Staphylococcus aureus iaitu sejenis kuman yang tidak merbahaya. Ia hidup di permukaan kulit dan di kawasan yang terjangkit seperti luka atau jerawat. Oleh itu bisul lazimnya muncul apabila sistem pertahanan badan kita merosot.
Bisul boleh terjadi di mana-mana bahagian badan tetapi selalunya ia terjadi di bahagian yang berbulu dan yang melecet seperti ketiak, kelopak mata, buah dada, punggung, muka, kelangkang dan di belakang tengkuk. Apabila bisul menjadi besar, ia dikenali sebagai karbunkel. Selalunya karbunkel terjadi di belakang tengkuk dan punggung. Karbunkel adalah bisul yang besar atau kelompok bisul kecil yang bergabung bersama. Biasanya ia mudah terjadi di kalangan pesakit diabetes.
Mengamalkan kebersihan diri terutama di kawasan yang mudah terjadinya bisul. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk memastikan badan sentiasa bersih. Menggunakan sabun antibakteria mungkin dapat menolong individu yang mudah berpeluh dengan banyak atau bekerja di kawasan yang kurang bersih.
Jangan menggaru kulit kerana kulit yang pecah akan menyebabkan jangkitan.
Gunakan losyen antiseptik seperti Cetrimide atau Acriflavine pada kulit yang pecah untuk mencegah dari jangkitan atau perebakan jangkitan.
Cuci mana-mana bahagian badan yang tersentuh dengan bisul yang pecah.
Jangan memicit, menggaru atau memecahkan bisul kerana bisul yang pecah atau luka yang terbuka boleh menggalakkan jangkitan. Memicit bisul boleh menekan jangkitan jauh ke dalam kulit. Manakala menggaru bisul yang pecah boleh merebakkannya ke tempat-tempat lain.
Apabila bisul terjadi, tuamkannya dengan bahan yang suam selama 10 minit sebanyak 3 kali sehari untuk membantu memasakkan bisul yang kemudiannya akan pecah dengan sendiri. Selain itu, ambilkan botol berisi air panas atau pad pemanas yang kalis air dan letakkannya di atas tuala lembap. Kemudian tuamkan ke kawasan bisul. Ini juga boleh membantu meredakan keadaan..
Makan ubat penahan sakit jika anda tidak berdaya menahan kesakitan.
Apabila bisul telah pecah, cuci bahagian itu secara menyeluruh dengan sabun antibakteria untuk mengelakkan jangkitan dari merebak ke kawasan lain. Teruskan penggunaan penuam yang suam selama 3 hari selepas bisul telah pecah. Balut dengan kapas yang kering dan tukar setiap hari sehingga bahagian tersebut telah betul-betul sembuh.
Cuci tangan dengan teliti sebelum menyediakan makanan kerana bakteria yang terkandung di dalam bisul boleh menyebabkan keracunan makanan.
Mandi dengan air pancuran (shower) kerana menggunakan air pancuran dapat mengurangkan jangkitan dari merebak.
Bisul terjadi di muka.
Bisul tidak sembuh selepas dirawat di rumah lebih dari 5-7 hari .
Saiz bisul lebih besar dari bola ping-pong.
Jika terdapat tanda-tanda ianya semakin teruk, seperti:
Teramat sakit, bengkak, terasa panas, kemerahan atau lembut.
Terdapat garisan/jaluran merah yang merebak keluar dari kawasan bisul.
Nanah keluar berterusan.
Jika anda mengalami demam.
Jika bisul tumbuh semula di kawasan yang lama atau di kawasan lain.
Jika anda menghidapi diabetes.
Jika terdapat gumpalan lain, terutamanya jika ianya menyakitkan yang terjadi berhampiran dengan tempat jangkitan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan