Damira ngan mak usu (tengah2)
Damira sememangnye rapat dengan auntie2 nya, memandangkan dia tak ade lagi adik beradik lain jadi auntie2 nye adalah tempat dia mengadu nasib. Auntie2nye pula suka memanjakanye sebab damira ni suka buat muka kesian. Ada sekali tu aku marah dia sebab buat rumah bersepah2 bila bercakap dia buat tak tau aje apelagi jalan la tangan aku ni.Adik2 aku sampai cakap aku ni dah mcm mak tiri pulak bila marahkan anak. Memang betul pun,sebab aku kalau dah marah mcm gergasi mengamuk lagipun mase tu penat balik dari keja pun belum hilang dah tu nampak rumah pulak bersepah2. Kekadang aku juga ada merasa kasihan dengan dia tapi ape boleh buat semua tu hanya berlaku dengan keizinan Allah (s.w.t) sahaja.
Damira ngan cik zana (adik hubby)
Lagipun damira tak suka dengan baby aku pun heran kenapa? mungkin dia takut akan berkongsi segala2nya dengan baby agaknya, pernah aku dan hubby bertanya pada dia :-
Adik nak baby tak?
Tak nak?
Kenapa tak nak? nnt adik ade kawan nak main......
Baby bising, nnt kacau adik, adik tak boleh tido, tengok tv?
Tak lah baby comel la sayang....................
Adik tak nak tido dengan baby, baby tido luar, mama ngan ayah tido ngan adik......
Tak boleh la macamtu nnt baby nangis macamane?
Mama....... adik masuk dalam perut mama passtu keluar jadi baby lagi boleh tak?
Hahahahaha.................. (aku & hubby dah tak boleh tahan lagi nak gelak)
Dah sah memang dia tak nak adik ape boleh buat, tapi aku tetap bersyukur kerana Allah (s.w.t) kurniakan dia kepada aku dan hubby. Dialah pengubat duka lara kami, penyeri hidup yang tiada gantinye. Kepetahan nya bercakap buat semua orang yang ada di sisinya terhibur. Aku suka cara dia bercakap kerana dia akan mengambil masa yang lama mcm orang tua2 berfikir.
Damira ngan cik nie (adik iparku)
1 ulasan:
Anak2 kak lady dulu pun banyak bermanja dengan mak2 & bapak2 sedara...
Org kata anak kecik kalau takmo adik..selagi tu kita susah nak pregnant
Catat Ulasan