Jumaat, Mei 23, 2008

Damira & Sepupu



Damira ngan sepupunye mmg rapat selain bergaduh mereka juga boleh jadi kawan yang baik. Adakalanya bila dah baik makan pun kekadang bersuap2, maklumla sepupu dia tak ramai lagi. Teringat plak aku mase zaman aku kecik2 dulu, pun sama mcm tu....., bile tak jumpa rase nak jumpa tapi bila dah jumpa bercekau tak habis2.
Danish anak abang ku yang sulung, budak nye nampak pendiam tapi kalau dah melalak nak runtuh rumak atuk & neneknya, sekarang ni dia tgh belajar nak bercakap seronok dengar sebab suara dia slow sgt (mcm malu2 gitu nak cakap) tak mcm mase dia menangis. Sekarang ni yang jadi pengikutnya adiknya "Nurin" budak comel yang kuat meradang dan panjang akal, ape orang buat & cakap semua dia ikut.

Ini dia Danish & yang kat sebelah ini pula Nurin (Oyin)

Isyraf (Ewap) & Iskandar (Abang Is) anak kepada adik perempuanku. Ewap nampak nakal tapi sebenarnye mudah mengikut kata, lagi2 cakap mamanye yg garang hehehe......, dia ni pun suka membawa diri dan bijak. Abang Is pulak handsome boy, suka senyum & sesiapa yang tengok muka dia mesti akan rasa tenang lagi pun dia ni mmg pendiam tapi dia punya aktif tak menang tangan dibuatnye.

Ini dia Iskandar (Abg Is) & yang kat sebelah ini pula Isyraf (Ewap)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails