Sabtu, Mei 31, 2008

Tekanan Darah Tinggi (High Blood Pressure)

Sejak akhir2 ni hubby ku sering saja sakit, sekejap demam, sekejap sakit pinggang, sekejap sakit kepala, risau aku di buatnye. Ari khamis (29/5/08), sekali lg dia di serang sakit kepala dan setelah berjumpa dengan doktor ini lah keputusannya " HIGH BLOOD PRESSURE " dgn bacaan 150/90.
Selama ini puas aku nasihatkan dia tentang menjaga makanan tp dia ambik tak kisah, perkara yang selama ini aku takut telah pun terjadi. Walau pun kata doktor itu cuma peringkat awal, bagiku ianya sudah pun berlaku and beginning for him now. Datuk dan emaknya ada mengidap penyakit yang sama. Sejarah penyakit mewarisi keturunan adalah satu fakta yang betul bagiku.
Mcmana pun aku akan cuba membantu hubby mengawal pemakananya, agar hubby ku sihat seperti sediakala Amin.............................

Berikut adalah sedikit fakta yang aku dpt dr internet mengenai penyakit darah tinggi, marila kita sama2 menjaga & mengawalnya :-

DARAH TINGGI - BANTULAH DIRI ANDA

Apa yang anda tidak tahu mungkin membahayakan
Penyakit Darah Tinggi sering terjadi di kalangan masyarakat kita. Walaubagaimanapun, masih ramai yang mengidap penyakit ini tidak menyedarinya. Lazimnya penyakit ini berlaku secara senyap tanpa sebarang tanda atau gejala selama beberapa tahun. Anda merasa sihat walaupun tekanan darah anda tinggi. Ini menyebabkan kesan-kesan yang buruk.

Apa itu Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah anda biasa (normal) apabila bacaannya :
Tekanan Darah adalah = tekanan sistolik
Tekanan diastolik Contohnya: 120 / 80mm Hg dibaca seperti - 20 per 80

Tekanan darah anda tinggi apabila bacaannya:
Adalah melebihi 140/90mm Hg, dan kekal tinggi walaupun masa berehat.


Tanda? Tanda? Tanda? Tanda?
Darah tinggi tidak ada tanda, Cuma dikesan apabila tekanan darah diperiksa.
  • Komplikasi
  • Serangan penyakit jantung
  • Angin ahmar
  • Hilang penglihatan
  • Penyakit buah pinggang

Darah Tinggi - Apa Patut Saya Lakukan?

  • Anda perlu kawal tabiat makan dan kekalkan berat badan yang unggul.
  • Kurangkan garam dalam makanan
  • Kurangkan lemak/kolesterol dalam makanan
  • Kurangkan pengambilan alkohol
  • Makan ubat seperti apa yang diarahkan oleh Pegawai Perubatan.
  • Amalkan tabiat bersenam.
  • Sentiasa tenangkan fikiran.
  • Buangkan tabiat merokok.
  • Buangkan amalan minum arak/alkohol.
HARGAI NYAWA ANDA - DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT DOKTOR ANDA

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails